Assalamualaikum buat pembaca Modern Mom's Health Care..
Bayi kedua saya, Iris Marissa sudah masuk usia tujuh bulan.. Dalam usia ini, sudah tiba waktu untuk memperkenalkan makanan pejal kepadanya. Saya memilih untuk memasak sendiri. Saya mulakan dengan makanan awal yang mudah dihadam seperti puri buah-buahan dan sayur-sayuran seperti labu, epal, pisang. Jika sudah makan makanan yang sedikit bertekstur, anda boleh cuba memberikan campuran oat, susu dan kurma yang dikisar atau bubur nasi dicampur lobak merah, bayam, ayam cincang yang dikisar.
Tip berikut mungkin dapat membantu anda dalam menyediakan bubur untuk anak kesayangan:
1. Guna susu ibu untuk masakan yang menggunakan campuran susu atau mencairkan bubur atau puri yang disediakan. Selain kandungan khasiatnya yang lebih baik, rasa susu ibu lebih dikenali dan mudah diterima oleh bayi.
2. Jangan gunakan gula atau garam dalam masakan untuk bayi. Ia boleh menyebabkan bayi tidak mengenal rasa semulajadi makanan pertamanya. Penggunaan gula hanya mengganggu pertumbuhan gigi bayi. Sebaiknya campurkan buah-buahan atau sayur-sayuran dalam bentuk puri atau kisar untuk menambah perasa dalam bubur.
3. Banyak bersabar. Pengenalan awal kepada makanan bukan semua diterima oleh bayi. Jangan mudah berputus asa, jika bayi menolak makanan tertentu, ulang pemberian tersebut beberapa kali. Mungkin untuk kali pertama, bayi tidak biasa lagi dengan rasanya. Pengenalan yang tepat dan bertahap akan membantu mengurangkan kemungkinan anak menjadi pemilih makanan.
Kedua-dua puteri saya setakat ni tidak mempunyai masalah dalam menerima makanan.. si kakak 6-12 bulan makan nestum & bubur nasi yg telah di blend..selepas 1 tahun, dia dah pandai makan nasi berlaukan sup2 sayur..si kakak sgt suka dgn sayur-sayuran sperti lobak,kentang,bayam... kadang2 carrot tu makan mcm tu je! saya biasakan dia makan sayur..supaya dah besar nanti dia mgkin lebih gemarkan sayur-sayuran..tak lupa juga saya masakkan sup ikan salmon & ikan merah..
Si adik kini memasuki 7 bulan..saya bagi puri buah-buahan..dan biskut bayi sebagai snack ..suka sgt2 si Iris! Mungkin lepas ni saya nak cuba bubur nasi di blend.
Selamat Mencuba!
Post a Comment