Pneumokokal ancam kanak-kanak.
Bakteria Streptokokus pneumoniae (pneumokokal) adalah punca penyakit Pneumokokal.
Ia biasanya ditemui di dalam saluran pernafasan kanak-kanak dan disebarkan melalui batuk atau bersin. Pada waktu ini, terdapat lebih daripada 90 jenis Pneumokokal yang diketahui. Namun hanya lebih kurang 10% boleh menyebabkan penyakit serius di seluruh dunia.
Jenis yang biasa ditemui di rantau kita adalah 19A, 6A, 14, 6B, 19F dan 23F. 19A merupakan bakteria yang kian muncul di dunia. Ia boleh menyebabkan penyakit Pneumokokal yang serius dan boleh bersifat kebal antibiotik.
Apa itu jangkitan Pneumokokal?
Penyakit Pneumokokal adalah disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yang biasa menyebabkan jangkitan pada tekak dan telinga. Ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru dan radang selaput otak.
Pneumokokus menyerang beberapa bahagian tubuh yang berbeza.
1. Meningitis - Jangkitan selaput otak dan saraf tunjang.
![]() |
Antara simptom-simptomnya ialah demam dan menggigil, lesu, sensitif pada cahaya,hilang selera makan, sering mengantuk, loya dan muntah2.Dan kepada bayi kerap menangis dengan nyaring. |
2. Bakteremia - Jangkitan dalam darah
![]() |
Antara simptom-simptomnya ialah demam panas, kulit pucat, tangan dan kaki sejuk, pernafasan cepat, tekanan darah rendah. |
3. Pneumonia - Jangkitan paru-paru
![]() |
Antara simptom-simptomnya adalah demam panas, batuk, sesak nafas, pernafasan cepat, nampak lesu dan pucat. |
4. Otitis Media - Jangkitan telinga tengah
![]() |
Antara simptom-simptomnya ialah sakit telinga, selsema, hilang pendengaran seketika, selalu menarik2 telinga ( menunjukkan ketidakselesaan). Kepada bayi, selalu menangis dan menarik2 telinga. |
Seriuskah penyakit Pneumokokal ini?
Penyakit Pneumokokal adalah sangat serius dan boleh mengakibatkan :
1. Kehilangan Pendengaran
2. Kematian
Siapakah yang perlu dilindungi daripada penyakit Pneumokokal?
1. Kanak-kanak di bawah 5 tahun
2. Kanak-kanak yang tinggal di pusat jagaan harian.
3. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.
4. Mereka yang menghidap penyakit kronik.
Bagaimanakah cara untuk melindungi daripada penyakit Pneumokokal?
1. Penyakit Pneumokokal boleh dirawat dengan antibiotik. Sejak beberapa kebelakangan ini, bakteria Pneumokokal didapati bersifat kebal terhadap antibiotik yang biasa digunakan. Disebabkan kini menjadi sukar dan mengakibatkan tempoh rawatan di hospital lebih panjang dan kos perubatan yang lebih tinggi.
2. Cara terbaik untuk melindungi daripada penyakit Pneumokokal adalah melalui vaksinasi. Kini terdapat 2 jenis vaksin Pneumokokal untuk kanak-kanak.
- Vaksin Konjugat Pneumokokal 10 Valen (PCV10) melindungi kanak-kanak daripada 10 jenis bakteria Pneumokokal.
- Vaksin Konjugat Pneumokokal 13 Valen (PCV13) melindungi kanak-kanak daripada 13 jenis bakteria Pneumokokal
Pneumokokal dan Shaklee.
Sebagai ibubapa kita harus perihatin terhadap kesihatan anak- anak dengan penyakit pneumokokal ini dengan meningkatkan tahap imunisasi anak kita. Anak-anak saya dari umur 1 tahun lagi telah diberi vitamin shaklee seperti Omega Guard & Chewable Vita C bagi memelihara kesihatan mereka. Ini hanya sebagai langkah-langkah pencegahan atau menambah sistem imun mereka dari peringkat awal. Jadi, apa yang perlu kita buat ialah jaga pemakanan mereka serta cegah awal penyakit-penyakit biasa atau berjangkit ini dari awal.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menempatkan penyakit Pneumokokal iaitu penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin sebagai punca nombor 1 kematian kanak-kanak di bawah umur 5 tahun di seluruh dunia.
"Feeling Healthy with Shaklee Nutrition"
FB : Modern Mom's Healthy Care
Whatsapp/SMS/CALL : 0173286430
Email : mommyirisofea@gmail.com
Anda boleh isi Order Form untuk membuat tempahan.
Sila rujuk SENARAI PRODUK SHAKLEE untuk produk-produk lain.
Sila rujuk SENARAI PRODUK SHAKLEE untuk produk-produk lain.
Sila klik Link ini untuk MENDAFTAR ! Kami akan terus menghubungi anda dan memberi panduan bagaimana menjadi Pengedar Sah Shaklee yang berjaya!
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any diseases.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any diseases.
Apa Itu Pneumokokal?
10:14:00
Apa Itu Pneumokokal?