Semalam (Sabtu, 22 November 2014) telah berlangsung Karnival Upin & Ipin anjuran Les' Copaque Production bersama anak syarikat LC Merchandising disamping rakan-rakan niaga yang lain. Karnival yang berlangsung selama 3 hari bermula 21 November sehingga 23 November 2014. Program bermula seawal 9.00 pagi hingga 10.00 malam.
Memenuhi hajat Puteri sulung saya Ixara Sofea adalah peminat kartun animasi Upin & Ipin .Kami bertolak dari rumah dalam pukul 2.00 petang dan tiba di sana sekitar pukul 4.00 petang ( kami pergi soru dulu..hehe). Setibanya kami disana, tersangat lah ramai kanak-kanak (musim cuti sekolah kan) berpusu-pusu nak tengok upin ipin ni.
![]() |
Peminat Setia ... Ixara Sofea |
Ribuan Peminat Upin & Ipin.
Setibanya kami disana, memang tak dapat nak jalan dalam dewan tu. Walaupun dewan agak besar, tapi tak dapat menampung peminat-peminat Upin & Ipin yang terlalu ramai! Saya tak sangka begitu ramai peminat Upin & Ipin di Malaysia ni. Pelbagai acara diadakan sepanjang karnival ini berlangsung.
![]() |
Dalam sesak-sesak tu sempat juga kami shopping cenderahati dari kiosk Upin & Ipin. Barang-barang pun dah licin sebab kami pergi pun dah petang.
![]() |
Keletihan tapi kami enjoy! |
![]() |
Inilah dia peminat Upin & Ipin Ixara Sofea |
![]() |
Iris Marissa pun layan Upin & Ipin |
Apa pun kami tetap enjoy dengan karnival ni sebab pertama kali pergi & kami kagum juga kerana negara kita dah maju dalam menghasilkan kartun animasi sendiri. Kalau karnival ni dianjurkan lagi tahun depan, InsyaAllah saya akan pergi. Cuma saya nak sarankan kepada pihak penganjur agar adakan karnival ini di tempat yang lebih luas.
Ia suatu pengalaman yang indah buat saya dan anak-anak.
Karnival Upin Ipin 2014 Havoc!
18:14:00
Karnival Upin Ipin 2014 Havoc!