Showing posts with label 10 Panduan Mudahkan Kelahiran. Show all posts
Showing posts with label 10 Panduan Mudahkan Kelahiran. Show all posts

Friday, 21 November 2014

Sebaik sahaja kandungan memasuki trimester ke dua, ibu-ibu hamil sangat digalakkan untuk melakukan senaman ringan dan juga menjaga pemakanan. Apabila kandungan semakin membesar, tidak bermakna kita duduk,baring atau tidur sahaja. Ikuti 10 panduan mudahkan kelahiran.


1.Urutan Perineal

Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses kelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko vagina koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur & faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan.


Urutan Perineal

Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan minyak tertentu yang berasaskan bahan semula jadi. Elakkan penggunaan minyak bayi, ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

2. Senaman Kegel.

Senaman ini baik untuk menjadikan otot vagina lebih anjal. Otot berkenaan boleh mengembang dengam lebih baik apabila tiba proses kelahiran. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot rahim.


Senaman Kegel

Menariknya, senaman ini boleh dilakukan dimana sahaja tanpa perlu orang lain mengetahuinya. Antara teknik senaman kegel yang boleh anda lakukan ialah menahan air kencing separuh jalan dan kira sampai sepuluh dan kemudian dilepaskan bakinya.

3. Teknik Pernafasan.



Di minggu-minggu terakhir kehamilan, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara tetap seperti berjalan-jalan selama 30 minit selepas makan malam sambil berlatih melakukan tekni pernafasan yan bakal diaplikasikan ketika proses pelahiran. Teknik pernafasan amat penting dikuasai kerana ia dapat membantu ketika anda menahan sakit dan sewaktu proses meneran.

4. Tidur Mencukupi.

Sudah menjadi kelaziman bagi wanita hamil mengalami sukar untuk tidur di waktu malam ataupun minggu-minggu terakhir kehamilan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan tidur yang mencukupi. Amat penting untuk memastikan anda kekal bertenang semasa melahirkan nanti.

5. Keadaan Selesa.

Sikap yang tenang dan selesa dapat menghindarkan anda daripada menerima apa-apa jua jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep. Proses kelahiran akan berjalan lancar sekiranya anda di dalam keadaan selesa.

6. Perguna Graviti.



Amalan sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses pelahiran. Malah , jangka masa akan menjadi pendek jika anda berdiri tegak. Keadaan sebegini berupaya membantu bayi masuk ke saluran peranakan dengan betul. Anda tidak disarankan untuk hanya berbaring di atas katil. Adalah lebih baik anda berjalan-jalan disekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi "turun" sekaligus mempercepatkan proses bersalin.

7. Baring mengiring ke kiri.


Berbaring kekiri adalah lebih baik daripada berbaring terlentang kerana posisi ini akan memberi sedikit tekanan kepada bayi untuk membantunya menolak "keluar" dengan cepat.

8. Makan Secukupnya.




Pastikan apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, anda digalakkan makan secukupnya. Ini sangat penting bagi memastikan anda mempunyai tenaga untuk proses meneran. Sekiranya anda tiada selera makan, anda boleh minum ESP (Energizing Soy Protein) bersama kurma kerana ia berupaya memberi tenaga tambahan kepada tubuh badan.

9. Teman kuat semangat.

Sokongan daripada orang tersayang amatlah penting di saat proses kelahiran. Adanya suami disisi dapat menenangkan & mengurangkan kesakitan yang dialami.

10. Amalan Doa 

Disaat ibu-ibu menunggu waktu untuk bersalin, sebagai umat islam kita digalakkan untuk berdoa kepada Allah swt agar dipermudahkan. Tidak lupa juga memohon keampunan dari suami dan juga ibu bapa kita. Antara amalan doa yang saya amalkan ketika ingin bersalin.


Doa supaya mudah bersalin.


Dapatkan SET BERPANTANG / MENYUSU SHAKLEE. Ianya sesuai untuk ibu yang lahir secara normal mahupun ceaser. Boleh juga diambil sekiranya bayi menghidapi jaundice kerana produk Shaklee adalah bahan semulajadi. Tiada bahan pengawet, perwarna atau perasa tiruan. Selamat, Berkesan & Halal. 


PROMOSI BULAN NOVEMBER!!

Promosi Beli 6 Percuma1

Konsultasi PERCUMA akan diberikan sepanjang pengambilan produk.
COD di sekitar Gombak, Danau Kota, Batu Caves, Setapak, Taman Melati & UIA Gombak.



http://mommyirisofea.blogspot.com

"Feeling Healthy with Shaklee Nutrition" 
FB : Modern Mom's Healthy Care 
Whatsapp/SMS/CALL : 0173286430 
Email : jasz1411@gmail.com 
Anda boleh isi Order Form untuk membuat tempahan.
Sila rujuk SENARAI PRODUK SHAKLEE untuk produk-produk lain.

Anda mahu mendapatkan Harga Ahli? Jom daftar sebagai Pengedar Sah Shaklee Sekarang!!

Sila klik Link ini untuk MENDAFTAR ! Kami akan terus menghubungi anda dan memberi panduan bagaimana menjadi Pengedar Sah Shaklee yang berjaya!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any diseases.


10 Panduan Mudahkan Kelahiran. Bakal Ibu Wajib Baca!

 
Boolatique with LOVE! © 2015 - Designed by Templateism.com | Distributed By Blogger Templates