"Bagi yang pertama kali menjadi ibu, pasti teruja apabila detik kelahiran semakin hampir. Apa tidaknya, selama 9 bulan membawa bayi kemana saja , sudah pasti tidak sabar untuk berjumpa dengan si kecil! Begitu juga saya dulu, masuk kandungan 6 bulan, saya mula membeli barang keperluan bayi & saya dari hujung rambut sampai ke hujung kaki."
Saya cuma beli yang perlu dan basic sahaja (ikut bajet masa tu) yang tak perlu, saya fikirkan kemudian. Takut juga kalau membazir nanti kan. Ikuti senarai barang yang saya kira perlu untuk kita sediakan lebih awal agar tak kelam kabut nanti.
Barang Keperluan Ibu untuk ke Hospital
- Nursing bra - sekurang-kurangnya 2 atau 3 helai
- Breast pad – penting untuk elakkan bra basah sebab awal kelahiran ni, susu ibu memang banyak dan mudah sangat keluar.
- Tuala wanita – seeloknya sedaiakan tuala wanita yang direka khas untuk wanita bersalin..yang tebal tu..sebab awal kelahiran memang darah nifas banyak keluar dan materialnya yang tebal dan lembut tu sangat selesa untuk ibu.
- Keperluan peribadi -termasuklah tuala, sikat, berus gigi, ubat gigi dan sebagainya.
- Stokin – Sekurang-kurangnya 2 pasang. Percaya tak jika saya katakan stokin ni bukan je untuk selepas kelahiran..tapi juga sangat-sangatlah berguna waktu dalam labour room tu. Memang sejuk sangat tau! Silap hari bulan boleh cramp kalau tak pakai stokin tebal.
- Panties 5 helai - Kalau nak senang guna je yang pakai buang jadi anda tak perlu risau kalau kotor nanti.
- Tudung Ekspress.
- Kain Batik – 1 helai
- Pakaian - Baju tu untuk persediaan pulang ke rumah. Kat hospital takpe..pakai baju hospital je.
- Bengkung - Lebih mudah jenis bengkung yang strap je tu sebab takdelah perut dibiarkan menggeleber sementara nak tunggu keluar wad kan .Kat rumah nanti barulah pakai yang lilit-lilit.
- Handphone & pengecas
- Minyak urut - bolehlah digunakan untuk sapu dekat betis or tapak kaki lepas dah bersalin. Saya prefer minyak panas.
- Buku Merah – Buku rawatan mengandung ibu
- Baju Sejuk - 1 Helai
- Selipar – Senang nak keluar masuk bilik air
- Makanan & Minuman ringan – Milo/Air minera/ Roti/Kurma/Biskut dll
- Surah-surah Al-Quran/Majalah/Buku – Sementara menunggu tu takdelah bosan..dan insya Allah dengan baca ayat2 suci Al-Quran, dapat tenangkan hati dan fikiran. Majalah dengan buku tu maybe berguna selepas bersalin kot..sebab kalau menunggu waktu contraction, takde masa nak layan sebab dah sakit ;p
- Plastik – yang ni pun penting untuk letak baju2 yang dah pakai.
- Pam susu – incase kalau baby kena tahan or tak dapat nak minum direct.
- Supplemen Berpantang– Bagi yang amalkan vitamin Shaklee, letak siap2 bekalan vitamin dalam bekas kecik sebab boleh je makan terus sebaik sahaja lepas bersalin..at least vitamin yang basic supaya badan lebih cepat recover.
Seeloknya, asingkan beg ibu dan bayi ye.
Barang Keperluan Bayi untuk ke Hospital
- Beg bayi
- Pampers/Lampin/Cloth Diapers – Kalau beg muat, letaklah dalam sedozen..hehe..kalau saya just letak dalam 6-7 keping je sebab lepas bersalin baru minta tolong suami topup.
- Baju – 3 or 4 pasang
- Minyak telon/bayi untuk elakkan kembung perut
- Tuala Mandi – 1 helai
- Tuala kecil
- Booties & Mittens – 3 or 4 pasang
- Peralatan Mandian
- Baby Wipes/Wet tissue
- Selimut/Bedung
- Barut
- Topi
- Plastik untuk letak baju kotor/wet tissue yang dah digunakan.
![]() |
Bila Perlu Sediakan Barang Keperluan Bersalin ni?
Pada pendapat saya, seeloknya usia kandungan dah masuk 7 bulan tu..beg hospital ni dah ready. Sebabnya kita tak tahu bila baby akan keluar sama ada cukup bulan atau pun tak. Just be prepared. Mak saya dulu pun selalu pesan…siap-siapkan barang keperluan bersalin ni lebih awal..jadi takdelah kabut nanti bila tiba masanya untuk ke hospital. Terus capai je beg yang dah ready.
Jika anda ibu yang akan melahirkan cahaya mata tak lama lagi..saya doakan semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Proses kelahiran ni adalah satu proses yang semulajadi..tak perlu takut sangat-sangat. Tenangkan fikiran dan ikut je flow. Insya Allah..moga selamat semuanya.
Anda mahu mendapatkan Harga Ahli? Jom daftar sebagai Pengedar Sah Shaklee Sekarang!!
"Feeling Healthy with Shaklee Nutrition"
FB : Modern Mom's Healthy Care
Whatsapp/SMS/CALL : 0173286430
Email : mommyirisofea@gmail.com
Anda boleh isi Order Form untuk membuat tempahan.
Sila rujuk SENARAI PRODUK SHAKLEE untuk produk-produk lain.
Sila rujuk SENARAI PRODUK SHAKLEE untuk produk-produk lain.
Anda mahu mendapatkan Harga Ahli? Jom daftar sebagai Pengedar Sah Shaklee Sekarang!!
Sila klik Link ini untuk MENDAFTAR ! Kami akan terus menghubungi anda dan memberi panduan bagaimana menjadi Pengedar Sah Shaklee yang berjaya!
Nice sharing. pasti ramai bakal ibu yang baru pertama kali nak bersalin tak tahu nak standby ape2 kan. Semalam pun baru je bg guidline pd kwan yg nak bersalin pd 14-12-14 nanti
ReplyDeleteBetul tu kak tun.. Prepare awal2, nt tak la kelam kabut..
DeleteDah hampir 3 tahun tak menjengah labour room. Hehee. Dalam tu memang sejuk tapi daku daku dah tak rasa apa-apa lagi dah sebab nervous nak bersalin.hihi
ReplyDeleteJommSihatDanCantik -> TERLAMPAU KEMARUK MAKANAN UNDANG PELBAGAI MASALAH
Huhu, masih terbayang-bayang lg dlm labour room tu. Tak kan ku lupa kan..hehe
DeleteBagus info ni. Sekurang2 nya ibu yang 1st time nak melahirkan tahu apa nak bawa ke hospital. Takde la sampai satu luggage barang2 dia nak bawa. Macam nak pegi holiday kadang2 saya tengok. Hahaha..
ReplyDeleteKESAN KEKURANGAN COLLAGEN PADA TUBUH
Jangan xtau irene, mmg ada yg bwk mcm nak g holiday. Saya pun terkejut. Nak beranak ke nak pindah umah??hehe
DeleteYang pertama kali bergelar ibu blh la ikuti tips ni ye..
ReplyDeleteMcm saya, bila kandungan mencecah 7 bln terus sediakan segala peralatan baby dan masukkan dlm beg dan simpan dlm kereta..
Bersedia lebih awal lg bgus kan nik..kite ni xtau bile nak deliver.. Siap2 kn beg pastu letak dlm kereta..
Deleterindu plak nak kemas2 beg hospital...anak pertama laa excited sangat..hari2 duk belek beg..7 bulan dah siap beg tu...best kan pengalaman tu...
ReplyDeleteBahayakah Plasenta Privia
Memang best..keluar masuk baju bby .. Pastu asik belek2 je baby tu..
DeleteBila kandungan masuk 7 bulan saya akan pastikan beg dah sedia untuk ke hospital sebab takut pra matang..
ReplyDeleteIkan Budu
Bagus tips ni..saya yang tak tahu apa2 pun dapat info baru tentang checklist ni. At least,bila dah tahu tu boleh la cuba dibayangkan hihi
ReplyDeleteSELAMAT HARI DIABETES SEDUNIA 2014
Nice sharing...bagus tips ni
ReplyDeleteZoe masa hamil anak pertama, usia kandungan 7bulan dah siap-siap stanby dalam bonet kreta.hihi sebab masa tu kerja.turun dan balik kerja sorg2.incase sakit perut nak bersalin direct je p hosptal.hihi
ReplyDeletemitos-cantik-faktaauta
pengalaman dalam labour room dan saat nak bersalin mmg tidak dapat dilupakan. kenangan yg sangat2 manis.. nikmatnya bersalin tu sebenarnya..
ReplyDeletehttp://anakummicomel.blogspot.com/
Bgs info ni untuk ibu muda yg ingin menyambut kedatangan org baru.siap sedia dr awal utk elak kelam kabut nnt.
ReplyDeleteWahhh.. Bestnyaaaa Tgk org buat persiapan.. Bila lah nak tiba turn Daku ni.. Hehe.. Tak tau lah excited dia mcm mana pulak.. Heehe.. Jgn dlepaskan supplement berpantang shakle. . Sangat membantu anda utk kmbali Seperti anak dara..
ReplyDeleteCegah Pelbagai Penyakit Dengan Hanya 1 Botol Penawar
Excited pula tengok persiapan ni..kakak saya tengah menunggu hari je..bestnya..huhu
ReplyDeletegud sharing nie, penting cheklist barang keperluan ke hospital bagi yang baru nak bergelar ibu nie...jgn tunggu saat akhir baru nak kemas barang.
ReplyDeleteTq sharing..memang penting checklist ni.terutama sekali bKal2 ibu
ReplyDeleteChecklist terbaik untuk ibu hamil anak pertama. Perlu disimpan baik-baik checklist nie. Takut nanti terlupa. Thanks for sharing.
ReplyDeleteajusyopz.blogspot.com
Bila basuh baju baby buat pertama kalinya rasa bahagia sangat.. hehehe... tu belum lagi membuat persiapan menyambut bayi.. teruja amat!
ReplyDeleteJemput baca: Makanan yang menurunkan kandungan gula di dalam darah
bagi ibu yg sedang hamil untuk kali pertama, bagus untuk sumber rujukan.. Semasa saya hamil dulu selalu tercari2 tip ini :) sangat berguna ..
ReplyDeletebagi mendapatkan ilmu penyusuan jom terokai dari sekarang klik >> http://cahayaummurizqi.blogspot.com/2014/11/tip-menjayakan-penyusuan-badan-hingga-2.html
Menarik info ni..senang nak semak keperluan sebelum bersalin
ReplyDeleteTenaga Terlebih Tak Boleh Tidur