Showing posts with label 'Bohong sunat' pada si manja?. Show all posts
Showing posts with label 'Bohong sunat' pada si manja?. Show all posts

Friday, 14 November 2014

'Bohong Sunat' sering ditafsirkan oleh ibu bapa sebagai satu pembohongan yang 'terpaksa' dilakukan atas alasan memberi kebaikan si manjanya. Cara mudah ini diambil bagi mencari jalan penyelesaian untuk mengaburi pemahaman si manjanya tentang sesuatu perkara. Mungkin perkara tersebut tidak sesuai untuk diketahui oleh si manjanya kerana masih terlalu kecil.


Impak 'bohong sunat' kepada si manja :

  • Menimbulkan kekeliruan dalam jiwa si manja. Anda tidak memberi contoh yang baik. Ini bakal mempengaruhi kehidupan sosialnya kelak.
  • Soal moral baik dan buruk tidak diajar dengan betul kepada si anak. Anda tidak mengatakan perkara sebenarnya kepada si manja.
  • Menimbulkan tanda tanya dan rasa tidak selesa pada anak.
  • Si anak akan mencontohi orang tuanya seandainya dia juga berada dalam situasi yang sama kelak. Sudah tentu anda tidak mahu si manja menjadi pembohong cilik kan? 
  • Nilai-nilai pertimbangan si manja juga tidak berkembang. Si anak seolah-olah 'terbiasa' dengan jalan pintas. Padahal, si anak perlu untuk memiliki kemampuan "analytic" untuk belajar mengapa begitu/mengapa begini?

Sebagai ibu bapa, kita tidak tidak mahu anak-anak kita mempunyai sikap gemar berbohong. Jangan sesekali memberi peluang kepada anak anda untuk bercakap bohong walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Untuk mengelakkan keadaan bertambah parah, mungkin tips ini dapat membantu mengesan pembohongan si anak.


1. Perubahan pada raut wajah si anak.

Raut wajah atau ekspresi muka kelihatan seperti tidak tenang boleh memberi isyarat dia menyembunyikan sesuatu daripada anda.


Perubahan raut wajah.


2. Banyak Cakap

Si kecil yang berbohong selalunya akan berada dalam keadaan serba tak kena. Ketika mereka berbohong, mereka akan cuba bercakap lebih banyak berbanding biasa.

Sekadar gambar hiasan

3. Kelainan Nada Suara

Disebabkan dia tahu bahawa berbohong adalah tidak baik, jadi merekan akan berbohong dengan menggunakan nada agak rendah. Cara mereka bercakap juga memang berbeza daripada kebiasaanya.

Sekadar gambar hiasan

4. Berulang-Ulang

Si manja akan mengulang perkara yang diceritakannya secara berulang-ulang kali agar si ibu mempercayainya.

Sekadar gambar hiasan

5. Pendiam

Si manja sukar menjelaskan perasaannya kepada anda. Mungkin dia berada dalam keadaan dilema sama ada perlu jujur atau sebaliknya. Akhirnya mereka mengambil keputusan sendiri.

Sekadar gambar hiasan

Menjelaskan keadaan sebenar kepada si kecil bukanlah perkara yang mudah. Ia sesuatu yang sangat mencabar. Adakala ibu bapa mengambil jalan pintas dengan 'berbohong sunat'. Bolehkah ibu bapa menggunakan taktik ini dengan alasan untuk mengajar agar menjadi budak baik?


Renung-Renungkan....



'Bohong sunat' pada si manja? Apa kata anda sebagai ibu bapa?

 
Boolatique with LOVE! © 2015 - Designed by Templateism.com | Distributed By Blogger Templates