Showing posts with label TIPS & INFO. Show all posts
Showing posts with label TIPS & INFO. Show all posts

Monday, 24 November 2014

Ada suatu ketika di pertengahan kehamilan, otot rahim mungkin mengalami pengecutan. Keadaan ini dikenali sebagai Braxton Hicks.

Bagi sesetengah ibu hamil yang pernah melalui pengalaman ini, ia mungkin menimbulkan ketidakselesaan. Walaubagaimanapun, ketahuilah bahawa setiap pengecutan hanya berlaku untuk tempoh setengah minit. Sewaktu Braxton Hicks berlangsung, anda akan mengalami keadaan di mana rahim seolah-olah mengeras. Anda dapat merasainya dengan meletakkan tangan pada perut ketika ia berlaku.

Kontraksi Braxton Hicks berlaku sebagai petunjuk bahawa rahim sedang melakukan latihanke atas otot-ototnya. Malah, kontraksi awal yang berlaku ini juga merupakan salah satu cara rahim bersiap sedia sebelum bekerja keras apabila tiba proses pelahiran kelak.

Kenali Perbezaan.

Kebanyakan wanita yang hamil pertama pasti mengalami kekeliruan tentang bagaimana untuk mengenal pasti perbezaan antara kontraksi sebenar dan kontraksi Braxton Hicks.

Braxton Hicks :

* berlangsung tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam.
* terjadi beberapa kali sehari
*  kontraksi yang tidak teratur
* tempoh terjadi tidak lama 

Kontraksi sebenar :


* bertahan lama

* lebih teratur
* kontraksi lebih kerap malah lebih menyakitkan

Perlu dimaklumkan bahawa anda juga mengalami sakit kontraksi palsu (false alarm) . Keadaan ini berlaku apabila Braxton Hicks lebih beritma iaitu mungkin berlaku di setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat akhir kehamilan.


Sememangnya agak sukar anda untuk membezakan false alarm & kontraksi sebenar terutamanya jika pengecutan rahim membuatkan anda tidak selesa.


Tips kekal selesa semasa kontraksi Braxton Hicks.


1. Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda berasa kontraksi Braxton Hicks akan berlaku.


2. Berehatlah lebih lama. Minum air dan baring di sebelah kiri tubuh.


3. Minum air secukupnya. Dehidrasi akan menyebabkan otot mengecut dan menyebabkan berlaku kontraksi Braxton Hicks.


4. Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh juga mengundang kontraksi Braxton Hicks.


5. Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan.


6. Kadang kala dengan mandi menggunakan air suam panas dapat membantu mengurangkan Braxton Hicks.


Perkara yang perlu ibu hamil berwaspada.


Jika usia kehamilan kurang dari 37 minggu, segera dapatkan pemeriksaan doktor jika kontraksi diikuti lelehan yang melekit dan berdarah atau sakit pinggan mahupun kekejangan. Hal ini kerana kesemua tanda-tanda awal kelahiran pramatang.


Bagi kehamilan yang lebih 37 minggu, pemeriksaan doktor adalah perlu sekiranya pergerakan bayi mula berkurangan daripada biasa atau anda mengalami pendarahan. Jika kontraksi menjadi lebih kuat, lebih berkala dan kerap, ia menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula.


Anggap kontraksi Braxton Hicks sebagai kontraksi latihan. Bukan sahaja untuk rahim tetapi unvk anda juga supaya berlatih mengamalkan latihan pernafasan.


Anda juga meminati :



Konsultasi PERCUMA akan diberikan sepanjang pengambilan produk.

http://mommyirisofea.blogspot.com

"Feeling Healthy with Shaklee Nutrition" 
FB : Modern Mom's Healthy Care 
Whatsapp/SMS/CALL : 0173286430 
Email : jasz1411@gmail.com 
Anda boleh isi Order Form untuk membuat tempahan.
Sila rujuk SENARAI PRODUK SHAKLEE untuk produk-produk lain.


Anda mahu mendapatkan Harga Ahli? Jom daftar sebagai Pengedar Sah Shaklee Sekarang!!

Sila klik Link ini untuk MENDAFTAR ! Kami akan terus menghubungi anda dan memberi panduan bagaimana menjadi Pengedar Sah Shaklee yang berjaya!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any diseases.

Isyarat Kontraksi Awal. Ikuti tips kekal selesa semasa kontraksi Braxton Hicks.

Saturday, 15 November 2014

"Bagi yang pertama kali menjadi ibu, pasti teruja apabila detik kelahiran semakin hampir. Apa tidaknya, selama 9 bulan membawa bayi kemana saja , sudah pasti tidak sabar untuk berjumpa dengan si kecil! Begitu juga saya dulu, masuk kandungan 6 bulan, saya mula membeli barang keperluan bayi & saya dari hujung rambut sampai ke hujung kaki."



Saya cuma beli yang perlu dan basic sahaja (ikut bajet masa tu) yang tak perlu, saya fikirkan kemudian. Takut juga kalau membazir nanti kan. Ikuti senarai barang yang saya kira perlu untuk kita sediakan lebih awal agar tak kelam kabut nanti.

Barang Keperluan Ibu untuk ke Hospital

  • Nursing bra - sekurang-kurangnya 2 atau 3 helai
  • Breast pad – penting untuk elakkan bra basah sebab awal kelahiran ni, susu ibu memang banyak dan mudah sangat keluar.
  • Tuala wanita – seeloknya sedaiakan tuala wanita yang direka khas untuk wanita bersalin..yang tebal tu..sebab awal kelahiran memang darah nifas banyak keluar dan materialnya yang tebal dan lembut tu sangat selesa untuk ibu.
  • Keperluan peribadi -termasuklah tuala, sikat, berus gigi, ubat gigi dan sebagainya.
  • Stokin – Sekurang-kurangnya 2 pasang. Percaya tak jika saya katakan stokin ni bukan je untuk selepas kelahiran..tapi juga sangat-sangatlah berguna waktu dalam labour room tu. Memang sejuk sangat tau! Silap hari bulan boleh cramp kalau tak pakai stokin tebal.
  • Panties 5 helai - Kalau nak senang guna je yang pakai buang jadi anda tak perlu risau kalau kotor nanti.
  • Tudung Ekspress.
  • Kain Batik – 1 helai
  • Pakaian - Baju tu untuk persediaan pulang ke rumah. Kat hospital takpe..pakai baju hospital je.
  • Bengkung - Lebih mudah jenis bengkung yang strap je tu sebab takdelah perut dibiarkan menggeleber sementara nak tunggu keluar wad kan .Kat rumah nanti barulah pakai yang lilit-lilit.
  • Handphone & pengecas
  • Minyak urut - bolehlah digunakan untuk sapu dekat betis or tapak kaki lepas dah bersalin. Saya prefer minyak panas.
  • Buku Merah – Buku rawatan mengandung ibu
  • Baju Sejuk - 1 Helai
  • Selipar – Senang nak keluar masuk bilik air
  • Makanan & Minuman ringan – Milo/Air minera/ Roti/Kurma/Biskut dll
  • Surah-surah Al-Quran/Majalah/Buku – Sementara menunggu tu takdelah bosan..dan insya Allah dengan baca ayat2 suci Al-Quran, dapat tenangkan hati dan fikiran. Majalah dengan buku tu maybe berguna selepas bersalin kot..sebab kalau menunggu waktu contraction, takde masa nak layan sebab dah sakit ;p
  • Plastik – yang ni pun penting untuk letak baju2 yang dah pakai.
  • Pam susu – incase kalau baby kena tahan or tak dapat nak minum direct. 
  • Supplemen Berpantang– Bagi yang amalkan vitamin Shaklee, letak siap2 bekalan vitamin dalam bekas kecik sebab boleh je makan terus sebaik sahaja lepas bersalin..at least vitamin yang basic supaya badan lebih cepat recover.
Seeloknya, asingkan beg ibu dan bayi ye. 

 Barang Keperluan Bayi untuk ke Hospital

  • Beg bayi
  • Pampers/Lampin/Cloth Diapers – Kalau beg muat, letaklah dalam sedozen..hehe..kalau saya just letak dalam 6-7 keping je sebab lepas bersalin baru minta tolong suami topup.
  • Baju – 3 or 4 pasang
  • Minyak telon/bayi untuk elakkan kembung perut
  • Tuala Mandi – 1 helai
  • Tuala kecil
  • Booties & Mittens – 3 or 4 pasang
  • Peralatan Mandian
  • Baby Wipes/Wet tissue
  • Selimut/Bedung
  • Barut
  • Topi
  • Plastik untuk letak baju kotor/wet tissue yang dah digunakan.

Bila Perlu Sediakan Barang Keperluan Bersalin ni?

Pada pendapat saya, seeloknya usia kandungan dah masuk 7 bulan tu..beg hospital ni dah ready. Sebabnya kita tak tahu bila baby akan keluar sama ada cukup bulan atau pun tak. Just be prepared. Mak saya dulu pun selalu pesan…siap-siapkan barang keperluan bersalin ni lebih awal..jadi takdelah kabut nanti bila tiba masanya untuk ke hospital. Terus capai je beg yang dah ready.
Jika anda ibu yang akan melahirkan cahaya mata tak lama lagi..saya doakan semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Proses kelahiran ni adalah satu proses yang semulajadi..tak perlu takut sangat-sangat. Tenangkan fikiran dan ikut je flow. Insya Allah..moga selamat semuanya.




"Feeling Healthy with Shaklee Nutrition" 
FB : Modern Mom's Healthy Care 
Whatsapp/SMS/CALL : 0173286430 
Email : mommyirisofea@gmail.com 
Anda boleh isi Order Form untuk membuat tempahan.
Sila rujuk SENARAI PRODUK SHAKLEE untuk produk-produk lain.

Anda mahu mendapatkan Harga Ahli? Jom daftar sebagai Pengedar Sah Shaklee Sekarang!!

Sila klik Link ini untuk MENDAFTAR ! Kami akan terus menghubungi anda dan memberi panduan bagaimana menjadi Pengedar Sah Shaklee yang berjaya!


Checklist : Apa yang perlu ada dalam 'BEG HOSPITAL'?

Friday, 14 November 2014

'Bohong Sunat' sering ditafsirkan oleh ibu bapa sebagai satu pembohongan yang 'terpaksa' dilakukan atas alasan memberi kebaikan si manjanya. Cara mudah ini diambil bagi mencari jalan penyelesaian untuk mengaburi pemahaman si manjanya tentang sesuatu perkara. Mungkin perkara tersebut tidak sesuai untuk diketahui oleh si manjanya kerana masih terlalu kecil.


Impak 'bohong sunat' kepada si manja :

  • Menimbulkan kekeliruan dalam jiwa si manja. Anda tidak memberi contoh yang baik. Ini bakal mempengaruhi kehidupan sosialnya kelak.
  • Soal moral baik dan buruk tidak diajar dengan betul kepada si anak. Anda tidak mengatakan perkara sebenarnya kepada si manja.
  • Menimbulkan tanda tanya dan rasa tidak selesa pada anak.
  • Si anak akan mencontohi orang tuanya seandainya dia juga berada dalam situasi yang sama kelak. Sudah tentu anda tidak mahu si manja menjadi pembohong cilik kan? 
  • Nilai-nilai pertimbangan si manja juga tidak berkembang. Si anak seolah-olah 'terbiasa' dengan jalan pintas. Padahal, si anak perlu untuk memiliki kemampuan "analytic" untuk belajar mengapa begitu/mengapa begini?

Sebagai ibu bapa, kita tidak tidak mahu anak-anak kita mempunyai sikap gemar berbohong. Jangan sesekali memberi peluang kepada anak anda untuk bercakap bohong walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Untuk mengelakkan keadaan bertambah parah, mungkin tips ini dapat membantu mengesan pembohongan si anak.


1. Perubahan pada raut wajah si anak.

Raut wajah atau ekspresi muka kelihatan seperti tidak tenang boleh memberi isyarat dia menyembunyikan sesuatu daripada anda.


Perubahan raut wajah.


2. Banyak Cakap

Si kecil yang berbohong selalunya akan berada dalam keadaan serba tak kena. Ketika mereka berbohong, mereka akan cuba bercakap lebih banyak berbanding biasa.

Sekadar gambar hiasan

3. Kelainan Nada Suara

Disebabkan dia tahu bahawa berbohong adalah tidak baik, jadi merekan akan berbohong dengan menggunakan nada agak rendah. Cara mereka bercakap juga memang berbeza daripada kebiasaanya.

Sekadar gambar hiasan

4. Berulang-Ulang

Si manja akan mengulang perkara yang diceritakannya secara berulang-ulang kali agar si ibu mempercayainya.

Sekadar gambar hiasan

5. Pendiam

Si manja sukar menjelaskan perasaannya kepada anda. Mungkin dia berada dalam keadaan dilema sama ada perlu jujur atau sebaliknya. Akhirnya mereka mengambil keputusan sendiri.

Sekadar gambar hiasan

Menjelaskan keadaan sebenar kepada si kecil bukanlah perkara yang mudah. Ia sesuatu yang sangat mencabar. Adakala ibu bapa mengambil jalan pintas dengan 'berbohong sunat'. Bolehkah ibu bapa menggunakan taktik ini dengan alasan untuk mengajar agar menjadi budak baik?


Renung-Renungkan....



'Bohong sunat' pada si manja? Apa kata anda sebagai ibu bapa?

Tuesday, 14 October 2014

Sudah tentu pasangan-pasangan yang akan ke gerbang perkahwinan inginkan sebuah perkahwinan yang cukup glam dan meriah. Tapi tahukah anda perancangan awal sangat penting bagi mendapatkan sebuah perkahwinan yang diidam-idamkan. Jangan nanti apa yang dirancang tidak seperti yang diharapkan. Beberapa tips serta info yang boleh anda jadikan sebagai panduan.

Hikmat Perkahwinan:
  • Untuk melahirkan zuriat atau keturunan yang bersih demi kebahagiaan rumah tangga.
  • Memupuk perasaan kasih sayang di antara suami dan isteri kerana fitrah manusia inginkan kasih sayang dan belaian dari orang-orang yang tertentu.
  • Mengelakkan daripada melakukan perbuatan maksiat, khususnya zina.
  • Menikmati ketenteraman dan kedamaian jiwa dan perasaan.
  • Melahirkan manusia yang bertanggungjawab dalam menjalankan amanah Allah S.W.T
“Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuik kamu tinggal tenteram disampingnya dan dijadikan di antrara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir(ar-Ruum : 21)
6-12 Bulan sebelum dari tarikh perkahwinan


Gambar hiasan


 1.Pastikan majlis yang bakal diadakan sesuai dengan bajet anda berdua.
2. Cuma selak majalah perkahwinan ataupun cari di internet tempat yang anda inginkan untuk melansungkan perkahwinan.
3. Anda dinasihatkan untuk menempah tempat dimana majlis persandingan akan berlangsung dengan lebih awal sekurang-kurangnya 6 bulan lebih awal dari tarikh majlis, kerana memang tempat selalunya fully booked. Biasanya kalau ingin menempah, pihak dewan/tempat akan menetapkan peratusan bayaran yang perlu dibayar. Biasanya 10-20% dari bayaran penuh dan semua bayaran perlu dilangsaikan beberapa minggu sebelum majlis.
4. Pilih pakej
Pakej lengkap : Dewan yang menyediakan pakej makanan, sistem audio, pelamin, hiasan dewan dan doorgift dengan harga yang berpatutan
Pakej asing : Bagi yang inginkan kelainan, anda boleh menempah dewan,katering, pelamin secara berasingan. Jangan lupa sistem audio/DJ juga.
5. Setelah mendapat tarikh,tempat majlis yang diingini, anda boleh beritahu pada ahli keluarga terdekat untuk membuat persiapan.
6. Jangan lupa tempah jurugambar perkahwinan anda, dan terdapat pakej yang sesuai dengan bajet anda.
6-8 bulan sebelum
Gambar hiasan
1. Teruskan mencari pakej perkahwinan yang lebih sesuai dengan tema majlis anda. Jangan lupa tempah lebih awal  :
  • Pakaian ( sepasang untuk majlis nikah dan sepasang untuk ma.jlis persandingan )
  • Doorgift ( jika ia tidak disertakan di dalam pakej perkahwinan )
  • Kad perkahwinan
  • Food tasting ( rasa dulu makanan yang ingin ditempah )
  • Senarai tetamu untuk majlis yang sesuai dengan tempahan majlis
  • Persiapan untuk hantaran semasa majlis nikah/sanding
  • Solekan/mekap semasa majlis pernikahan dan persandingan
  • Cincin perkahwinan
  • Tema perkahwinan dan baju tema untuk kedua-dua belah pihak ( jika ada )
2. Pastikan setiap tempahan disertakan bukti bertulis ( resti ) dan jangan lupa simpan di tempat yang baik.
3. Jika lokasi majlis agak jauh untuk dihadiri ahli keluarga dan rakan, jangan lupa beri suggestion tempat penginapan untuk mereka dengan lebih awal.
4. Jangan lupa daftarkan diri untuk menghadiri kursus pra perkahwinan. Ia diwajibkan kepada setiap individu yang belum pernah berkahwin.Sijil kursus tu penting tau!
5. Jika majlis diadakan di rumah, pastikan :
  •  Meja dan khemah yang disediakan cukup
  • Minta izin yang pihak berkuasa untuk menggunakan jalanraya ( jika ingin menutup jalan )
  •  Saiz pelamin yang digunakan sesuai dengan ruang yang ada di rumah.
  • Peta yang lengkap di jemputan perkahwinan
  • Meja khas untuk pendaftaran tetamu, ruang manisan atau ruang memori mengambil gambar ) ( jika ada )
3-5 Bulan Sebelum

Gambar hiasan
1. Pergi ke Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing untuk mengisi borang perkahwinan. Berikut kami kongsikan prosedur untuk lelaki /wanita ( JAIS )
Prosedur wanita
ProsedurWANITA
Prosedur lelaki
ProsedurLELAKI
2. HIV/Aids test di Klinik/Hospital Kerajaan dan juga Klinik/Hospital Swasta yang terpilih.
3. Anda boleh mula mengedar kad perkahwinan ataupun membuat page jemputan perkahwinan di laman Facebook.
1 Bulan Sebelum


Gambar hiasan
1. Anda boleh cuba fitting baju perkahwinan untuk memastikan keselesaan.
2. Pastikan tempat, doorgift, senarai tetamu, pelamin sudah dibayar dan sekali lagi, jangan lupa ambil resit atau bukti pembayaran.
3. Pastikan sijil kursus pra perkahwinan, borang permohonan berkahwin telah dilengkapkan.
4. Jangan lupa tempah tok kadi ( biasanya ada di setiap kawasan tempat tinggal atau boleh berjumpa dengan orang surau/masjid berhampiran )
5. Jangan lupa hantar borang cuti pada majikan anda.
1 Minggu Sebelum
1. Pastikan semuanya berjalan lancar ( jika perlu, telefon katering,dewan, pelamin, mekap dan sebagainya untuk mengelakkan masalah kelak semasa hari pernikahan/persandingan )
2. Periksa cuaca pada hari berlangsungnya majlis supaya boleh membuat persiapan jika berlaku perkara yang tidak diingini.
1 Hari Sebelum
1. Jika anda melangsungkan majlis berinai sebelum hari pernikahan, pastikan ianya dilakukan lebih awal dan tidur awal supaya wajah tidak sembap pada keesokan harinya.
2. Pastikan pakaian telah disimpan rapi.
3. Jangan lupa periksa tempat dimana tempat berlangsungnya majlis.
Hari Pernikahan/ Hari Persandingan

 Tahniah di hari pernikahan anda!
Semoga semuanya berjalan lancar! Saya akan update katering serta info lain untuk anda. 

 Credit : www.wanista.com

Checklist : Persiapan Sebelum Melangsungkan Perkahwinan

Tuesday, 6 May 2014

Soalan-soalan di bawah ini sering kali ditanya oleh pelanggan-pelanggan yang membeli ESP Shaklee dengan saya. Bagaimanapun saya nak kongsi kan bersama para pembaca/bakal membeli ESP dengan saya.. :) Jom kita baca!
1. Apa itu Energizing Soy Protein atau ESP?
Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk.

2. ESP perisa apa?
ESP berperasa Mild Soya, tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna mahupun pengawet.

3. Boleh minum dengan apa?
Boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan minuman kegemaran atau jus buah..rasanya pun sedap.

4. Bagaimana cara minum ESP?
Bancuh satu sudu ESP(max 3 sudu sehari) dengan satu gelas air suam atau sejuk (JANGAN guna air panas), kacau atau shake hingga sebati, minum.

5.Selain minum, apa lagi boleh dibuat dengan ESP Shaklee?
ESP Shaklee boleh dibuat masker dengan mencampurkan ESP Shaklee dengan yogurt.

6. Ada Pantang Tak?
ESP Shaklee tidak boleh diambil bersama minuman berkafein dan teh, sila jarakkan masa pengambilan antara keduanya.

7. Satu canister 850g tahan berapa lama?
Penggunaan normal biasanya tahan dua bulan.

8. Sukatan harian ESP Shaklee Untuk Dewasa?
Sekali sehari sudah mencukupi untuk penjimatan, boleh ditambah kepada dua atau tiga kali mengikut keperluan individu.

9. Bolehkah Diminum Oleh Kanak-Kanak?
ESP Shaklee sangat sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak yang sempurna.Bagaimana Pula orang Tua, Ibu Hamil, Ibu Menyusu, Bayi?Sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tidak digalakkan untuk bayi di bawah 12 bulan. Juga sesuai untuk alergik atau alahan.

10. Saya ada gastrik, bolehkah minum ESP?
Sangat bagus dalam membantu menyembuhkan gastrik. ESP Shaklee juga boleh memberi kekenyangan dengan cara yang paling selesa, sesuai untuk diet menguruskan badan,selepas pembedahan, dalam tempoh pantang, gout, diabetes.



"Feeling Healthy with Shaklee Nutrition" 


FB : Modern Mom's Healthy Care 


Whatsapp/SMS/CALL : 0173286430 
Email : jasz1411@gmail.com 
Anda boleh isi Order Form untuk membuat tempahan.

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

10 soalan yg sering ditanya oleh pelanggan ...

Sunday, 20 April 2014





Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplement dietary. Simptom-simptom ini akan kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya TIDAK. Ianya tindak balas oleh tubuh kita kerana kita kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplement, krisis pemulihan terjadi.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah bertimbun didalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama - sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tidak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplemt dietary dapat membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Pada waktu detoksifikasi ini , ada kemungkinan akan menjadi pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung,lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dll. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlarutan 1 hingga 2 minggu.

Antara Tips yang dapat saya kongsikan disini untuk mengatasi Healing Crisis :


  • Banyakkan minum air bersih
  • Rehat secukupnya
  • Kurangkan dos/jenis supplement yang diambil atau ambil selang sehari
  • Bersabar & positif sentiasa
  • Berdoa agar dipermudahkan
  • Makan lebih sayuran dan buah-buahan.


Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.



Krisis Pemulihan

Thursday, 17 April 2014

Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar & radikal bebas yg menjejaskan kesihatan.




Mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam.





Rutin pemakanan yang tidak seimbang. Gangguan penyerapan nutrien dari makanan, akibat dari pengambilan kafein, gula & garam berlebihan.



Badan kita memerlukan dos yg lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. Hakikatnya nutrien hanya boleh didapati dari pemakanan.

Shaklee sentiasa selamat, berkesan & sentiasa mesra alam. TIADA peluntur, perisa tiruan, Pewarna tiruan, lemak trans, & bahan2 larangan lain. Bahan-bahan semulajadi yg paling halus & tulen.



p/s : sayangi diri anda.




Kenapa kita perlu ambil Suplemen?

Wednesday, 19 February 2014

Assalamualaikum w.b.t ..


Entry kali ni bukanlah untuk memperkenalkan supplement yang sesuai bagi penyakit-penyakit di atas tapi lebih kepada peringatan mesra kepada anda yang ingin mendapatkan panduan / konsultasi product daripada saya supaya menyatakan dengan TERANG DAN NYATA jika anda mempunyai sebarang penyakit yang perlu saya ketahui. 

 Ada kalanya saya akan bertanya dan ada kalanya saya terlepas pandang. 

Walaupun Shaklee adalah sejenis supplement dan bukannya ubat, namun ada sesetengah penyakit yang tidak boleh mengambil supplement tertentu kerana ianya boleh memudaratkan diri atau menyebabkan punca penyakit anda akan menjadi aktif.


  1. Ibu yang hamil dan menyusukan bayi tak boleh ambil Vivix kerana ia mengubah DNA & hormon. Ibu hamil dan menyusukan memerlukan hormon tertentu dgn kadar yg tinggi dan hormon tertentu dgn kadar sedikit. Pengambilan Vivix boleh mengganggu proses kehamilan & penyusuan.
  2. Ibu yang menyusukan juga tidak digalakkan untuk mengambil Cinch kerana Cinch mengandungi kandungan kalori yg rendah. Ibu menyusu memerlukan kalori yang banyak.
  3. Ibu hamil tak dinasihatkan amik alfalfa kerana alfalfa boleh induce kedatangan haid & menyebabkan keguguran.
  4. Hyperthyroid – Tidak boleh mengambil Vitalea kerana di dalamnya terdapat IODIN. Pesakit hyperthyroid tidak digalakkan untuk mengambil iodine kerana kandungan iodine di dalam darah sudah tinggi. Kalau ambil iodine, makin tinggi la paras iodine kan?
  5. SLE – Tidak boleh mengambil Alfalfa dan juga Vitalea. Walaupun di dalam vitalea hanya terdapat sedikit alfalfa powder, namun tidak disarankan apatah lagi jika anda sedang mengandung. Jika mahu juga mengambil Vitalea, perlu dapatkan konsultasi daripada doktor bertauliah. 
  6. G6PD – Tidak boleh mengambil ALFALFA kerana ALFALFA kaya dengan Vitamin K. Bagi anda yang mempunyai masalah ini, set penyusuan yang disarankan adalah EU FOUR PACK PLUS.
  7. Thalasemia – Tidak boleh mengambil Vitalea kerana ianya telah diformulasi dengan IRON. Pesakit thalasemia perlu cut-off pengambilan Iron kerana jika berlebihan boleh memudaratkan diri sehingga perlu melalui proses pemindahan darah.. Jika anda mengandung, sila dapatkan nasihat daripada doktor bertauliah. 
  8. Minyak ikan melincirkan salur darah dan berkemampuan untuk mencairkan darah untuk pengaliran darah yang lancar dan melambatkan kepekatan darah. Oleh itu, pesakit yang akan melakukan pembedahan dan ibu hamil yang sudah hampir bersalin TIDAK digalakkan untuk mengambil Omega Guard.
Jika anda ingin mencarikan supplement untuk ibu bapa anda juga perlu diterangkan dengan secara terperinci yea.Saya bukanlah doktor yang bertauliah dan perkongsian di blog ini pun berdasarkan pengalaman, pembacaan dan juga testimony pengguna. Jadi saya tidak mahu product SHAKLEE disalahkan jika anda tidak mendapat kesan yang diharapkan sedangkan mungkin silap saya yang tidak memberikan konsultasi secara terperinci. 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


"Feeling Healthy with Shaklee Nutrition"

Cara membuat tempahan :

Whatsapp/SMS/CALL : 0173286430
Instagram : mommyirisofea
Email : jasz1411@gmail.com

ANTARA SUPPLEMENT SHAKLEE YANG TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH IBU HAMIL, PESAKIT SLE, TALASEMIA, G6PD DAN HYPERTHYROID

 
Boolatique with LOVE! © 2015 - Designed by Templateism.com | Distributed By Blogger Templates