Wednesday, 19 November 2014

Apa Itu Pneumokokal?

Pneumokokal ancam kanak-kanak.

Bakteria Streptokokus pneumoniae (pneumokokal) adalah punca  penyakit Pneumokokal.

Ia biasanya ditemui di dalam saluran pernafasan kanak-kanak dan disebarkan melalui batuk atau bersin. Pada waktu ini, terdapat lebih daripada 90 jenis Pneumokokal yang diketahui. Namun hanya lebih kurang 10% boleh menyebabkan penyakit serius di seluruh dunia.

Jenis yang biasa ditemui di rantau kita adalah 19A, 6A, 14, 6B, 19F dan 23F. 19A merupakan bakteria yang kian muncul di dunia. Ia boleh menyebabkan penyakit Pneumokokal yang serius dan boleh bersifat kebal antibiotik.


Apa itu jangkitan Pneumokokal?
Penyakit Pneumokokal adalah disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yang biasa menyebabkan jangkitan pada tekak dan telinga. Ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru dan radang selaput otak.
Apakah akibat Pneumokokal?

Pneumokokus menyerang beberapa bahagian tubuh yang berbeza.

1. Meningitis - Jangkitan selaput otak dan saraf tunjang.

Antara simptom-simptomnya ialah demam dan menggigil, lesu, sensitif pada cahaya,hilang selera makan, sering mengantuk, loya dan muntah2.Dan kepada bayi kerap menangis dengan nyaring.

2. Bakteremia - Jangkitan dalam darah


Antara simptom-simptomnya ialah demam panas, kulit pucat, tangan dan kaki sejuk, pernafasan cepat, tekanan darah rendah.

3. Pneumonia - Jangkitan paru-paru


Antara simptom-simptomnya adalah demam panas, batuk, sesak nafas, pernafasan cepat, nampak lesu dan pucat.

4. Otitis Media - Jangkitan telinga tengah


Antara simptom-simptomnya ialah sakit telinga, selsema, hilang pendengaran seketika, selalu menarik2 telinga ( menunjukkan ketidakselesaan). Kepada bayi, selalu menangis dan menarik2 telinga.

Seriuskah penyakit Pneumokokal ini?

Penyakit Pneumokokal adalah sangat serius dan boleh mengakibatkan :

1. Kehilangan Pendengaran

2. Kematian

3. Kerosakan Otak

Siapakah yang perlu dilindungi daripada penyakit Pneumokokal?

1. Kanak-kanak di bawah 5 tahun

2. Kanak-kanak yang tinggal di pusat jagaan harian.

3. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.

4. Mereka yang menghidap penyakit kronik.

Bagaimanakah cara untuk melindungi daripada penyakit Pneumokokal?


1. Penyakit Pneumokokal boleh dirawat dengan antibiotik. Sejak beberapa kebelakangan ini, bakteria Pneumokokal didapati bersifat kebal terhadap antibiotik yang biasa digunakan. Disebabkan kini menjadi sukar dan mengakibatkan tempoh rawatan di hospital lebih panjang dan kos perubatan yang lebih tinggi.

2. Cara terbaik untuk melindungi daripada penyakit Pneumokokal adalah melalui vaksinasi. Kini terdapat 2 jenis vaksin Pneumokokal untuk kanak-kanak.

  • Vaksin Konjugat Pneumokokal 10 Valen (PCV10) melindungi kanak-kanak daripada 10 jenis bakteria Pneumokokal.
  • Vaksin Konjugat Pneumokokal 13 Valen (PCV13) melindungi kanak-kanak daripada 13 jenis bakteria Pneumokokal

Pneumokokal dan Shaklee.

Sebagai ibubapa kita harus perihatin terhadap kesihatan anak- anak dengan penyakit pneumokokal ini dengan meningkatkan tahap imunisasi anak kita. Anak-anak saya dari umur 1 tahun lagi telah diberi vitamin shaklee seperti Omega Guard & Chewable Vita C bagi memelihara kesihatan mereka. Ini hanya sebagai langkah-langkah pencegahan atau menambah sistem imun mereka dari peringkat awal. Jadi, apa yang perlu kita buat ialah jaga pemakanan mereka serta cegah awal penyakit-penyakit biasa atau berjangkit ini dari awal.



Pertubuhan Kesihatan Sedunia menempatkan penyakit Pneumokokal iaitu penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin sebagai punca nombor 1 kematian kanak-kanak di bawah umur 5 tahun di seluruh dunia.



"Feeling Healthy with Shaklee Nutrition" 

FB : Modern Mom's Healthy Care 
Whatsapp/SMS/CALL : 0173286430 
Email : mommyirisofea@gmail.com 
Anda boleh isi Order Form untuk membuat tempahan.
Sila rujuk SENARAI PRODUK SHAKLEE untuk produk-produk lain.

Anda mahu mendapatkan Harga Ahli? Jom daftar sebagai Pengedar Sah Shaklee Sekarang!!

Sila klik Link ini untuk MENDAFTAR ! Kami akan terus menghubungi anda dan memberi panduan bagaimana menjadi Pengedar Sah Shaklee yang berjaya!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any diseases.





About the Author

Unknown

Author & Editor

Salam semua, saya Jasreena Bt Zainal Abidin owner blog ini, sebarang pertanyaan atau pun ingin membuat tempahan boleh email saya di boolatique@gmail.com

25 comments:

  1. Kat manusia sellau kita dengr..tapi kawan2 kat haiwan ada jugak sakit mcm ni..


    Inch Loss Plan

    ReplyDelete
  2. Kesihatan anak-anak harus dijaga sebaik mungkin...dengan supplement shaklee ada vitamin dan mineral untuk mengelak anak dari terkena jangkitan penyakit.

    ReplyDelete
  3. Anak pertama dan kedua dah dpt vaksin ni. Tp anak ketiga dan keempat belum lg. Insyaallah nak dptkan secepat mungkin

    ReplyDelete
  4. Penyakit ini memang bahaya. Mencegah lebih baik dari merawat.
    Jom Dapatkan Hadiah Comel Ini

    ReplyDelete
  5. Bahaya penyakit ni... Kanak-kanak lebih mudah terdedah terutamanya yang berada di pusat jagaan... Berhati2 ibu bapa semua... cegah lebih baik dari mengubati kan?

    Air Detox

    ReplyDelete
  6. Ishh..seram pulak dengar penyakit ni..tq for info sangat bermanfaat

    Resepi Cheeskut Sedap Hingga Menjilat Jari

    ReplyDelete
  7. Jangan dibuat main dengan penyakit yang merbahaya nie. Ibubapa kena betul2 alert kalau anak2 ada tunjukkan simptom2 penyakit nie.

    JommSIhatDanCantik -> VITAMIN HAMIL TERBAIK

    ReplyDelete
  8. Kanak-kanak memang mudah terkena jangkitan virus selesema contohnya. Oleh tak amat perlu untuk anda berikan makanan tambahan dari Shakle seperti OmegaGuard seawal usia anak anda berumur I tahun bagi meningkatkan imunisasi tubuh nya dan memelihara kesihatan tubuh mereka

    ReplyDelete
  9. Bagus info ni..tq for sharing...

    ReplyDelete
  10. good info..kita sebagai ibu bapa harus memantau tahap kesihatan anak-anak kita,bila anak kita sakit pastinya kita risau kan??jadi atasinya dengan beri supplement tambahan padanya

    ReplyDelete
  11. Tingkatkan imunisasi anak2 agar bebas dari ancaman penyakit bahaya

    Jemput baca: Bagaimana Kekal Slim Selepas Bersalin Agar Baju-Baju Lama Muat Dipakai

    ReplyDelete
  12. Kebersihan persekitaran pun penting dalam menangani masalah begini kan..

    ReplyDelete
  13. Zaman sekarang ni macam-macam virus ada. Virus pon dah makin kebal. Memang kena ambil suplemen tambahan untuk kuatkan sistem immune kanak-kanak..

    ReplyDelete
  14. Ya Allah. Byknya penyakit yg blh terjadi pd Kanak2.. Tambah2 di taska dengan bercampur mcm2 kanak-kanak.. Kita sndiri tak tau Apa masalah penyakit knak2 lain.. So sbagai ibu, Mmg Kena cri vitamin utk kuatkan imun dorg.. Ayam goreng berempah buatku tak tidur malam

    ReplyDelete
  15. Saya tak pernah tahu pun mengenai Pneumokokal ni.. Alhamdulillah satu pendedahan baru buat saya dgn info ni.. Sekurang2 nya sebagi SID Shaklee blh tambah info-info untuk membantu customer pula nnti..

    Jemput singgah>> Tips Atasi Stretchmark Sebelum Suami 'Buka Mulut' Tak Licin Seperti Dulu

    ReplyDelete
  16. Gd info sis.. sebelum ni pernah dengar, tapi tak tau lebih lanjut pun tentang ni..

    ReplyDelete
  17. Bagus info ni..sekurang-kurangnya kita boleh ambil langkah berjaga-jaga dengan pemberian nutrisi yang cukup untuk peningkatan sistem imunisasi anak-anak.

    Tips Penyusuan Untuk Ibu Bekerja

    ReplyDelete
  18. terbaik untuk masalah ini adalah kuatkan imun anak-anak. salah satunya adalah nutriferon kerana ia boleh mengaktifkan interferon yang bg israta pada sistem imun supaya aktif.

    ReplyDelete
  19. Baru tahu,... kena lebih berhati hati dan sentiasa prihatin trhadap anak...

    ReplyDelete
  20. bahaya juga penyakit2 ni kan.. kena hati-hati dan selalu pantau tahap kesihatan anak2.. thanks atas info yang berguna ini..

    ReplyDelete

 
Boolatique with LOVE! © 2015 - Designed by Templateism.com | Distributed By Blogger Templates