Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplement dietary. Simptom-simptom ini akan kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya TIDAK. Ianya tindak balas oleh tubuh kita kerana kita kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplement, krisis pemulihan terjadi.
Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.
Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah bertimbun didalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama - sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tidak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplemt dietary dapat membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.
Pada waktu detoksifikasi ini , ada kemungkinan akan menjadi pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung,lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dll. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlarutan 1 hingga 2 minggu.
Antara Tips yang dapat saya kongsikan disini untuk mengatasi Healing Crisis :
- Banyakkan minum air bersih
- Rehat secukupnya
- Kurangkan dos/jenis supplement yang diambil atau ambil selang sehari
- Bersabar & positif sentiasa
- Berdoa agar dipermudahkan
- Makan lebih sayuran dan buah-buahan.
Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.
Post a Comment