Tuesday, 14 October 2014

Checklist : Persiapan Sebelum Melangsungkan Perkahwinan

Sudah tentu pasangan-pasangan yang akan ke gerbang perkahwinan inginkan sebuah perkahwinan yang cukup glam dan meriah. Tapi tahukah anda perancangan awal sangat penting bagi mendapatkan sebuah perkahwinan yang diidam-idamkan. Jangan nanti apa yang dirancang tidak seperti yang diharapkan. Beberapa tips serta info yang boleh anda jadikan sebagai panduan.

Hikmat Perkahwinan:
  • Untuk melahirkan zuriat atau keturunan yang bersih demi kebahagiaan rumah tangga.
  • Memupuk perasaan kasih sayang di antara suami dan isteri kerana fitrah manusia inginkan kasih sayang dan belaian dari orang-orang yang tertentu.
  • Mengelakkan daripada melakukan perbuatan maksiat, khususnya zina.
  • Menikmati ketenteraman dan kedamaian jiwa dan perasaan.
  • Melahirkan manusia yang bertanggungjawab dalam menjalankan amanah Allah S.W.T
“Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuik kamu tinggal tenteram disampingnya dan dijadikan di antrara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir(ar-Ruum : 21)
6-12 Bulan sebelum dari tarikh perkahwinan


Gambar hiasan


 1.Pastikan majlis yang bakal diadakan sesuai dengan bajet anda berdua.
2. Cuma selak majalah perkahwinan ataupun cari di internet tempat yang anda inginkan untuk melansungkan perkahwinan.
3. Anda dinasihatkan untuk menempah tempat dimana majlis persandingan akan berlangsung dengan lebih awal sekurang-kurangnya 6 bulan lebih awal dari tarikh majlis, kerana memang tempat selalunya fully booked. Biasanya kalau ingin menempah, pihak dewan/tempat akan menetapkan peratusan bayaran yang perlu dibayar. Biasanya 10-20% dari bayaran penuh dan semua bayaran perlu dilangsaikan beberapa minggu sebelum majlis.
4. Pilih pakej
Pakej lengkap : Dewan yang menyediakan pakej makanan, sistem audio, pelamin, hiasan dewan dan doorgift dengan harga yang berpatutan
Pakej asing : Bagi yang inginkan kelainan, anda boleh menempah dewan,katering, pelamin secara berasingan. Jangan lupa sistem audio/DJ juga.
5. Setelah mendapat tarikh,tempat majlis yang diingini, anda boleh beritahu pada ahli keluarga terdekat untuk membuat persiapan.
6. Jangan lupa tempah jurugambar perkahwinan anda, dan terdapat pakej yang sesuai dengan bajet anda.
6-8 bulan sebelum
Gambar hiasan
1. Teruskan mencari pakej perkahwinan yang lebih sesuai dengan tema majlis anda. Jangan lupa tempah lebih awal  :
  • Pakaian ( sepasang untuk majlis nikah dan sepasang untuk ma.jlis persandingan )
  • Doorgift ( jika ia tidak disertakan di dalam pakej perkahwinan )
  • Kad perkahwinan
  • Food tasting ( rasa dulu makanan yang ingin ditempah )
  • Senarai tetamu untuk majlis yang sesuai dengan tempahan majlis
  • Persiapan untuk hantaran semasa majlis nikah/sanding
  • Solekan/mekap semasa majlis pernikahan dan persandingan
  • Cincin perkahwinan
  • Tema perkahwinan dan baju tema untuk kedua-dua belah pihak ( jika ada )
2. Pastikan setiap tempahan disertakan bukti bertulis ( resti ) dan jangan lupa simpan di tempat yang baik.
3. Jika lokasi majlis agak jauh untuk dihadiri ahli keluarga dan rakan, jangan lupa beri suggestion tempat penginapan untuk mereka dengan lebih awal.
4. Jangan lupa daftarkan diri untuk menghadiri kursus pra perkahwinan. Ia diwajibkan kepada setiap individu yang belum pernah berkahwin.Sijil kursus tu penting tau!
5. Jika majlis diadakan di rumah, pastikan :
  •  Meja dan khemah yang disediakan cukup
  • Minta izin yang pihak berkuasa untuk menggunakan jalanraya ( jika ingin menutup jalan )
  •  Saiz pelamin yang digunakan sesuai dengan ruang yang ada di rumah.
  • Peta yang lengkap di jemputan perkahwinan
  • Meja khas untuk pendaftaran tetamu, ruang manisan atau ruang memori mengambil gambar ) ( jika ada )
3-5 Bulan Sebelum

Gambar hiasan
1. Pergi ke Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing untuk mengisi borang perkahwinan. Berikut kami kongsikan prosedur untuk lelaki /wanita ( JAIS )
Prosedur wanita
ProsedurWANITA
Prosedur lelaki
ProsedurLELAKI
2. HIV/Aids test di Klinik/Hospital Kerajaan dan juga Klinik/Hospital Swasta yang terpilih.
3. Anda boleh mula mengedar kad perkahwinan ataupun membuat page jemputan perkahwinan di laman Facebook.
1 Bulan Sebelum


Gambar hiasan
1. Anda boleh cuba fitting baju perkahwinan untuk memastikan keselesaan.
2. Pastikan tempat, doorgift, senarai tetamu, pelamin sudah dibayar dan sekali lagi, jangan lupa ambil resit atau bukti pembayaran.
3. Pastikan sijil kursus pra perkahwinan, borang permohonan berkahwin telah dilengkapkan.
4. Jangan lupa tempah tok kadi ( biasanya ada di setiap kawasan tempat tinggal atau boleh berjumpa dengan orang surau/masjid berhampiran )
5. Jangan lupa hantar borang cuti pada majikan anda.
1 Minggu Sebelum
1. Pastikan semuanya berjalan lancar ( jika perlu, telefon katering,dewan, pelamin, mekap dan sebagainya untuk mengelakkan masalah kelak semasa hari pernikahan/persandingan )
2. Periksa cuaca pada hari berlangsungnya majlis supaya boleh membuat persiapan jika berlaku perkara yang tidak diingini.
1 Hari Sebelum
1. Jika anda melangsungkan majlis berinai sebelum hari pernikahan, pastikan ianya dilakukan lebih awal dan tidur awal supaya wajah tidak sembap pada keesokan harinya.
2. Pastikan pakaian telah disimpan rapi.
3. Jangan lupa periksa tempat dimana tempat berlangsungnya majlis.
Hari Pernikahan/ Hari Persandingan

 Tahniah di hari pernikahan anda!
Semoga semuanya berjalan lancar! Saya akan update katering serta info lain untuk anda. 

 Credit : www.wanista.com

About the Author

Unknown

Author & Editor

Salam semua, saya Jasreena Bt Zainal Abidin owner blog ini, sebarang pertanyaan atau pun ingin membuat tempahan boleh email saya di boolatique@gmail.com

1 comments:

  1. semoga kita berkahwin nat kerana Allah taala dan berbelanja lah semampunya , jangan terlalu membazirkan wang untuk resepsi atau kenduri yang sebenarnya lebih baik diadakan sederhana saja. Alam rumah tangga yang akan di masuki lebih mencabar dan banyak hal yang harus di lakukan.

    ReplyDelete

 
Boolatique with LOVE! © 2015 - Designed by Templateism.com | Distributed By Blogger Templates