Sunday, 6 December 2015

Ada suatu ketika di pertengahan kehamilan, otot rahim mungkin mengalami pengecutan. Keadaan ini dikenali sebagai Braxton Hicks.

Bagi sesetengah ibu hamil yang pernah melalui pengalaman ini, ia mungkin menimbulkan ketidakselesaan. Walaubagaimanapun, ketahuilah bahawa setiap pengecutan hanya berlaku untuk tempoh setengah minit. Sewaktu Braxton Hicks berlangsung, anda akan mengalami keadaan di mana rahim seolah-olah mengeras. Anda dapat merasainya dengan meletakkan tangan pada perut ketika ia berlaku.

Kontraksi Braxton Hicks berlaku sebagai petunjuk bahawa rahim sedang melakukan latihanke atas otot-ototnya. Malah, kontraksi awal yang berlaku ini juga merupakan salah satu cara rahim bersiap sedia sebelum bekerja keras apabila tiba proses pelahiran kelak.

Kenali Perbezaan.

Kebanyakan wanita yang hamil pertama pasti mengalami kekeliruan tentang bagaimana untuk mengenal pasti perbezaan antara kontraksi sebenar dan kontraksi Braxton Hicks.

Braxton Hicks :

* berlangsung tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam.
* terjadi beberapa kali sehari
*  kontraksi yang tidak teratur
* tempoh terjadi tidak lama 

Kontraksi sebenar :


* bertahan lama

* lebih teratur
* kontraksi lebih kerap malah lebih menyakitkan

Perlu dimaklumkan bahawa anda juga mengalami sakit kontraksi palsu (false alarm) . Keadaan ini berlaku apabila Braxton Hicks lebih beritma iaitu mungkin berlaku di setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat akhir kehamilan.


Sememangnya agak sukar anda untuk membezakan false alarm & kontraksi sebenar terutamanya jika pengecutan rahim membuatkan anda tidak selesa.


Tips kekal selesa semasa kontraksi Braxton Hicks.


1. Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda berasa kontraksi Braxton Hicks akan berlaku.


2. Berehatlah lebih lama. Minum air dan baring di sebelah kiri tubuh.


3. Minum air secukupnya. Dehidrasi akan menyebabkan otot mengecut dan menyebabkan berlaku kontraksi Braxton Hicks.


4. Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh juga mengundang kontraksi Braxton Hicks.


5. Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan.


6. Kadang kala dengan mandi menggunakan air suam panas dapat membantu mengurangkan Braxton Hicks.


Perkara yang perlu ibu hamil berwaspada.


Jika usia kehamilan kurang dari 37 minggu, segera dapatkan pemeriksaan doktor jika kontraksi diikuti lelehan yang melekit dan berdarah atau sakit pinggan mahupun kekejangan. Hal ini kerana kesemua tanda-tanda awal kelahiran pramatang.


Bagi kehamilan yang lebih 37 minggu, pemeriksaan doktor adalah perlu sekiranya pergerakan bayi mula berkurangan daripada biasa atau anda mengalami pendarahan. Jika kontraksi menjadi lebih kuat, lebih berkala dan kerap, ia menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula.


Anggap kontraksi Braxton Hicks sebagai kontraksi latihan. Bukan sahaja untuk rahim tetapi unvk anda juga supaya berlatih mengamalkan latihan pernafasan.


Anda juga meminati :



Konsultasi PERCUMA akan diberikan sepanjang pengambilan produk.

http://mommyirisofea.blogspot.com

"Feeling Healthy with Shaklee Nutrition" 
FB : Modern Mom's Healthy Care 
Whatsapp/SMS/CALL : 0173286430 
Email : jasz1411@gmail.com 
Anda boleh isi Order Form untuk membuat tempahan.
Sila rujuk SENARAI PRODUK SHAKLEE untuk produk-produk lain.


Anda mahu mendapatkan Harga Ahli? Jom daftar sebagai Pengedar Sah Shaklee Sekarang!!

Sila klik Link ini untuk MENDAFTAR ! Kami akan terus menghubungi anda dan memberi panduan bagaimana menjadi Pengedar Sah Shaklee yang berjaya!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any diseases.

Kenali Braxton Hicks - Ibu Hamil WAJIB baca!

Wednesday, 2 December 2015

Pedih hulu hati semasa kehamilan terjadi kerana beberapa sebab. Kandungan hormon yang meningkat di dalam badan semasa kehamilan boleh melembutkan ligamen yg selalunya menutup lower esophageal spchincter (LES). Jika LES menjadi lembut, makanan dalam asid perut boleh refluks ke esofagus dan tekak. 


Image result for pregnant women

Walaupun anda tidak boleh menghilangkanb pedih ulu hati, anda boleh mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan ketidakselesaan anda.


Image result for pregnant women

Tips yang boleh mengurangkan pedih ulu hati..

1. Jangan makan makanan yg boleh menyebabkan pedih ulu hatiIni termasuk coklat, buah-buahan dan jus sitrus, produk dari tomato, mustard, cuka, makanan pedas, bergoreng dan berlemak.

2. Jauhi minuman yang mengandungi kopi (kopi, teh, kola) kerana ini dapat melembutkan LES dan membenarkan asid untuk refluks ke esofagus. 

3. Jauhi alkohol.

4. Jangan makan makanan dengan hidangan besar. Makanlah beberapa hidangan kecil sepanjang hari.

5. Jangan memakan makanan dengan cepat.

6. Tunggu sekurang-kurangnya 3 jam selepas hidangan makanan sebelum tidur.

7. Minumlah air yang banyak semasa kehamilan. (8-10 gelas setiap hari) tetapi jangan selangi air dengan hidangan makanan. Kandungan air yang banyak boleh mengembangkan perut anda dan meletakkan tekanan LES serta memaksa ia buka. Minum sedikit air ketika makan.

8. Sandarkan kepala dan bahu anda pada bantal atau tinggikan kepala anda dalam 6-8 inci. Ini akan tidak menaikkan asid perut - asid perut harus berada di dalam perut dan bukan di esofagus.

9. Pakai baju yang selesa & longgar. 

10. Bongkok pada lutut bukan pinggang. Membongkok pada pinggang akan meletakkan tekanan pada perut anda.

11. Duduk dengan menegak di kerusi yang selesa daripada membongkok.

12. Elakkan daripada menaikkan berat badan secara berlebihan.

13. Jangan merokok. Ia tidak elok utk kehamilan & meningkatkan peluang anda untuk mendapat pedih ulu hati.

Ini adalah tips yang dapat kongsikan dengan ibu-ibu yang mengalami pedih ulu hati. Ianya dari pengalaman saya sendiri dan sedikit pembacaan. 

Mungkin ibu-ibu di luar sana boleh kongsikan pengalaman di ruangan komen.

13 Tips Merawat Pedih Ulu Hati Semasa Hamil

 
Boolatique with LOVE! © 2015 - Designed by Templateism.com | Distributed By Blogger Templates