Tips yang boleh mengurangkan pedih ulu hati..
1. Jangan makan makanan yg boleh menyebabkan pedih ulu hati. Ini termasuk coklat, buah-buahan dan jus sitrus, produk dari tomato, mustard, cuka, makanan pedas, bergoreng dan berlemak.
2. Jauhi minuman yang mengandungi kopi (kopi, teh, kola) kerana ini dapat melembutkan LES dan membenarkan asid untuk refluks ke esofagus.
3. Jauhi alkohol.
4. Jangan makan makanan dengan hidangan besar. Makanlah beberapa hidangan kecil sepanjang hari.
5. Jangan memakan makanan dengan cepat.
6. Tunggu sekurang-kurangnya 3 jam selepas hidangan makanan sebelum tidur.
7. Minumlah air yang banyak semasa kehamilan. (8-10 gelas setiap hari) tetapi jangan selangi air dengan hidangan makanan. Kandungan air yang banyak boleh mengembangkan perut anda dan meletakkan tekanan LES serta memaksa ia buka. Minum sedikit air ketika makan.
8. Sandarkan kepala dan bahu anda pada bantal atau tinggikan kepala anda dalam 6-8 inci. Ini akan tidak menaikkan asid perut - asid perut harus berada di dalam perut dan bukan di esofagus.
9. Pakai baju yang selesa & longgar.
10. Bongkok pada lutut bukan pinggang. Membongkok pada pinggang akan meletakkan tekanan pada perut anda.
11. Duduk dengan menegak di kerusi yang selesa daripada membongkok.
12. Elakkan daripada menaikkan berat badan secara berlebihan.
13. Jangan merokok. Ia tidak elok utk kehamilan & meningkatkan peluang anda untuk mendapat pedih ulu hati.
Ini adalah tips yang dapat kongsikan dengan ibu-ibu yang mengalami pedih ulu hati. Ianya dari pengalaman saya sendiri dan sedikit pembacaan.
Mungkin ibu-ibu di luar sana boleh kongsikan pengalaman di ruangan komen.
Post a Comment