Friday, 14 November 2014

'Bohong sunat' pada si manja? Apa kata anda sebagai ibu bapa?

'Bohong Sunat' sering ditafsirkan oleh ibu bapa sebagai satu pembohongan yang 'terpaksa' dilakukan atas alasan memberi kebaikan si manjanya. Cara mudah ini diambil bagi mencari jalan penyelesaian untuk mengaburi pemahaman si manjanya tentang sesuatu perkara. Mungkin perkara tersebut tidak sesuai untuk diketahui oleh si manjanya kerana masih terlalu kecil.


Impak 'bohong sunat' kepada si manja :

  • Menimbulkan kekeliruan dalam jiwa si manja. Anda tidak memberi contoh yang baik. Ini bakal mempengaruhi kehidupan sosialnya kelak.
  • Soal moral baik dan buruk tidak diajar dengan betul kepada si anak. Anda tidak mengatakan perkara sebenarnya kepada si manja.
  • Menimbulkan tanda tanya dan rasa tidak selesa pada anak.
  • Si anak akan mencontohi orang tuanya seandainya dia juga berada dalam situasi yang sama kelak. Sudah tentu anda tidak mahu si manja menjadi pembohong cilik kan? 
  • Nilai-nilai pertimbangan si manja juga tidak berkembang. Si anak seolah-olah 'terbiasa' dengan jalan pintas. Padahal, si anak perlu untuk memiliki kemampuan "analytic" untuk belajar mengapa begitu/mengapa begini?

Sebagai ibu bapa, kita tidak tidak mahu anak-anak kita mempunyai sikap gemar berbohong. Jangan sesekali memberi peluang kepada anak anda untuk bercakap bohong walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Untuk mengelakkan keadaan bertambah parah, mungkin tips ini dapat membantu mengesan pembohongan si anak.


1. Perubahan pada raut wajah si anak.

Raut wajah atau ekspresi muka kelihatan seperti tidak tenang boleh memberi isyarat dia menyembunyikan sesuatu daripada anda.


Perubahan raut wajah.


2. Banyak Cakap

Si kecil yang berbohong selalunya akan berada dalam keadaan serba tak kena. Ketika mereka berbohong, mereka akan cuba bercakap lebih banyak berbanding biasa.

Sekadar gambar hiasan

3. Kelainan Nada Suara

Disebabkan dia tahu bahawa berbohong adalah tidak baik, jadi merekan akan berbohong dengan menggunakan nada agak rendah. Cara mereka bercakap juga memang berbeza daripada kebiasaanya.

Sekadar gambar hiasan

4. Berulang-Ulang

Si manja akan mengulang perkara yang diceritakannya secara berulang-ulang kali agar si ibu mempercayainya.

Sekadar gambar hiasan

5. Pendiam

Si manja sukar menjelaskan perasaannya kepada anda. Mungkin dia berada dalam keadaan dilema sama ada perlu jujur atau sebaliknya. Akhirnya mereka mengambil keputusan sendiri.

Sekadar gambar hiasan

Menjelaskan keadaan sebenar kepada si kecil bukanlah perkara yang mudah. Ia sesuatu yang sangat mencabar. Adakala ibu bapa mengambil jalan pintas dengan 'berbohong sunat'. Bolehkah ibu bapa menggunakan taktik ini dengan alasan untuk mengajar agar menjadi budak baik?


Renung-Renungkan....



About the Author

Unknown

Author & Editor

Salam semua, saya Jasreena Bt Zainal Abidin owner blog ini, sebarang pertanyaan atau pun ingin membuat tempahan boleh email saya di boolatique@gmail.com

23 comments:

  1. Kalau boleh jangan lah membiasakan berbohong kepada anak-anak kerana mereka akan terbiasa nanti mengikuti kita. Bercakaplah jujur pada mereka..berikan pengertian pada mereka ..insaaAllah mereka akan faham.

    Bibir , kulit dan kuku akan menjadi pucat bila ibu mengandung mengalami masalah ini

    ReplyDelete
  2. Betul kata Nila. Anak-anak yang sedang membesar mudah mengingati apa yang kita cakap atau buat. Seeloknya kita berlaku jujur dengan cara penerangan yang simple agar mudah difahami oleh mereka.
    Ketahui Bahaya Sardin dalam Tin

    ReplyDelete
  3. Jika boleh, jangan berbohong dengan anak2 sebab anak2 adalah kain putih dan kita sebagai ibubapa orang yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya dengan warna kehidupan..

    makanan pintar untuk si manja

    ReplyDelete
  4. Elakkan selagi boleh..teladan yang baik adalah contoh terbaik untuk anak2..

    Epidural Analgesia

    ReplyDelete
  5. Tak seronoklah kalau cakap bohong dengan anak-anak. Takut mereka terikut nanti walaupun mereka tak tahu apa-apa. Kalau boleh elakkan lah.

    JommSihatDanCantik -> TUJUH SETENGAH BIJI OREN DALAM 1 TABLET

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang sangat baik utk panduan dan ingatan ibu bapa termasuk saya heheh terima kasih

    ReplyDelete
  7. Anak saya bijak..bila kita xbagi die buat sesuatu.., macam mana pon die akan buat juga.. dan hasil nya,sama ada die menangis atau kena marah,.,

    ReplyDelete
  8. Kena guna kaedah psikologi supaya dorang faham apa yg nak kita sampaikan dan biarkan anak jujur dengan diri sndiri..bukan senang tp insyallah lama lama nanti anak akan biasa
    Resipi Puding Roti untuk Teatime or Supper

    ReplyDelete
  9. Saya pun tak suka bohong dengan anak.. yelah supposedly mak perlulah tunjuk contoh yang baik kan. Kalau kita dah mula bohong sunat sekali, boleh jadi akan berulang lagi. Moga dijauhkan

    ReplyDelete
  10. Rasanya anak bawah 6tahun xpandai berbohong lagi..so dari usia ini kalau kita dah mula rasa lain boleh teruskan nasihati anak agar jangan sesekali bercakap bohong..disamping doa2 kita sebagai ibu bapa moga Allah pelihara anak2 syurga kita In Shaa Allah


    Nebulizer Dengan MyImam

    ReplyDelete
  11. kalau boleh cuba lah elak untuk bercakap bohong dengan anak, takut nanti akan terbawa sampai besar..sebagai ibubapa kita cuba tunjukkan sikap yang baik untuk anak kita.

    ReplyDelete
  12. Jangan amalkan kerana sesuatu yang di amalkan pasti akan menjadi kebiasaan...Ubah dari sekarang sebelum terlambat...

    Tips Supaya Anak Cepat Bercakap

    ReplyDelete
  13. X elok sngt bbhong..anty jdi tabiat

    ReplyDelete
  14. sentiasa berterus terang dengan anak2..sama kita berusaha menjadi ibu bapa yang terbaik utk anak2....

    Tips Mengatasi Sembelit Selepas Bersalin

    ReplyDelete
  15. Suka tgk anak2 mat saleh area rumah dulu sbb dorg sgt open.

    Jemput baca: Atasi Suami Isteri Gaduh Besar Dengan 5 Langkah Mudah

    ReplyDelete
  16. Memang la tak bagus bohong sunat ni.. tapi kadang2 sesetengah ibu bapa terpaksa buat macam tu sebab anak2 sekarang terlalu bijak sampai as a parents pun kadang2 dah tak tau nak jawab apa.. tapi anak syurga saya tu tau je kalau saya bohong ngan dia.. "mommy tipu yeee..!" Hahaha.. dia memang bijak..

    ReplyDelete
  17. Didikan dirumah dan ditempat belajar sangat penting. Pemilihan kawan semasa membesar juga penting..

    Rahsia Anak Jarang Sakit

    ReplyDelete
  18. Dari kecil ni la kita kena ajar anak pekara2 yang baik. Sebab budak2 sekarang tak mcm dl cepat pickup..

    ReplyDelete
  19. Knak2 ni, dorg Bkn nak bohong.. Cuma dorg lbih kpd takut Kena marah Kalau ckp bnda bnar.. Kn guna psychology utk mereka..
    .CARA NAK TURUNKAN PARAS GULA DALAM DARAH

    ReplyDelete
  20. perkongsian yang menarik..jangan amalkan berbohong pada kanak-kanak...lama-lama nanti mungkin dia akan mengikut jejak kita berbohong juga

    ReplyDelete
  21. Kalau boleh jangan diamalkan...kadang-kadang anak lebih cerdik dari ibu bapa, mereka boleh tahu yang kita cakap bohong atau tak.

    ReplyDelete
  22. jarang berbohong dengan anak, biasanya akan terang kat anak kenapa tak boleh buat itu, kenapa tak boleh buat ini.. perkongsian ini sangat menarik, ibubapa perlu menitik beratkan apa yang mereka lakukan pada anak mereka..

    ReplyDelete
  23. Anak-anak sekarang memang bijak..tak payah nak bohong.. Tak baik tau..

    Tips Elakkan Migrain Waktu Pantang

    ReplyDelete

 
Boolatique with LOVE! © 2015 - Designed by Templateism.com | Distributed By Blogger Templates