Sunday, 23 November 2014

Karnival Upin Ipin 2014 Havoc!

Semalam (Sabtu, 22 November 2014) telah berlangsung Karnival Upin & Ipin anjuran Les' Copaque Production bersama anak syarikat LC Merchandising disamping rakan-rakan niaga yang lain. Karnival yang berlangsung selama 3 hari bermula 21 November sehingga 23 November 2014. Program bermula seawal 9.00 pagi hingga 10.00 malam.



Memenuhi hajat Puteri sulung saya Ixara Sofea adalah peminat kartun animasi Upin & Ipin .Kami bertolak dari rumah dalam pukul 2.00 petang dan tiba di sana sekitar pukul 4.00 petang ( kami pergi soru dulu..hehe). Setibanya kami disana, tersangat lah ramai kanak-kanak (musim cuti sekolah kan) berpusu-pusu nak tengok upin ipin ni. 

mommyirisofea.blogspot.com
Peminat Setia ... Ixara Sofea
Pihak Les' Copaque Production menggunakan 2 dewan utama. Terdapat juga persembahan istimewa dari Ultraman. Replika rumah Opah dan yang terbaru adalah 'Studio Tour'. Tiada bayaran dikenakan untuk menyertai karnival Upin & Ipin.
Putrajaya International Convention Centre

Ribuan Peminat Upin & Ipin.

Setibanya kami disana, memang tak dapat nak jalan dalam dewan tu. Walaupun dewan agak besar, tapi tak dapat menampung peminat-peminat Upin & Ipin yang terlalu ramai! Saya tak sangka begitu ramai peminat Upin & Ipin di Malaysia ni. Pelbagai acara diadakan sepanjang karnival ini berlangsung. 





Dalam sesak-sesak tu sempat juga kami shopping cenderahati dari kiosk Upin & Ipin. Barang-barang pun dah licin sebab kami pergi pun dah petang.

Keletihan tapi kami enjoy!
Inilah dia peminat Upin & Ipin
Ixara Sofea
Iris Marissa pun layan Upin & Ipin

Apa pun kami tetap enjoy dengan karnival ni sebab pertama kali pergi & kami kagum juga kerana negara kita dah maju dalam menghasilkan kartun animasi sendiri. Kalau karnival ni dianjurkan lagi tahun depan, InsyaAllah saya akan pergi. Cuma saya nak sarankan kepada pihak penganjur agar adakan karnival ini di tempat yang lebih luas. 

Ia suatu pengalaman yang indah buat saya dan anak-anak. 

About the Author

Unknown

Author & Editor

Salam semua, saya Jasreena Bt Zainal Abidin owner blog ini, sebarang pertanyaan atau pun ingin membuat tempahan boleh email saya di boolatique@gmail.com

16 comments:

  1. wah seronoknya anak-anak kalau dapat pergi karnival ni kan..anak2 saya pun memang minat sangat la upin ipin ni..kalau ada kat kedah saya pun taknak lepaskan peluang bawak anak2=)

    Hilangkan Mual, Perut Sebu Dengan Peppermint Ginger Plus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak memang seronok sis amalina, hope next karnival diorg buat di kedah pula.

      Delete
  2. Seronoknyerrrr....memang best kan pegi walaupun ramai tapi kanak-kanak tetap ceria.....


    Meriahnya acara perpisahan menyambut cuti sekolah di tadika alfa omega

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat ramai sis nila, nak bergerak pun susah. Bila maskot upin ipin keluar, dgn mak pun eksited. Huhu

      Delete
  3. Sy pun Suka upin ipin.. Apatah Lagi knak2.. cita ni Mmg mmberi kesan pada knak2.. upin ipi. Makan Sayur.. Knak2 pn Suka mkn Sayur.. Hehe..
    TIPS KEKAL CERGAS MACAM ZAMAN MUDA REMAJA

    ReplyDelete
  4. betul tu sis fisha.. mana yang baik kita jadikan teladan pada anak-anak..

    ReplyDelete
  5. Semalam area putrajaya jem..susur keluar dr putrajaya pun jem.havoc putrajaya dgn mcm2 event termasuk formula e dan pembukaan 101 mall city.sy singgah 101 mall city jeee

    ReplyDelete
  6. seronoknya...kalau duduk dekat ni dah pergi dah...mesti menjerit anak kan.

    kawal kolestrol secara semulajadi

    ReplyDelete
  7. Seronok bila tengok ank2 gembira..tambah pulak tgk live upin dan ipin

    parut jerawat makin pudar, kulit makin berseri

    ReplyDelete
  8. Ramai sangat orang sampai ada yg tak dpt parking...


    Resepi Kek Pecan

    ReplyDelete
  9. Siapa yang pergi semalam memang kuat dari segi fizikal dan mental kan. Ye lah. Dengan keadaan yang sesak teruk, nak jaga anak kecil lagi.

    JommSihatDanCantik -> BAHANA UBAT DIET

    ReplyDelete
  10. Saya agak ngeri dengan tempat sesak begini walaupun karnival upin ipin tu kedengaran mengujakan. Risau dgn 4 anak kecil yg masih perlu dikontrol agar tak hilang drpd pandangan

    ReplyDelete
  11. Wah ini betul meriahh. Xdan nak selit gayanya. Next time kalau nak pegi plan awal hari jumaat lah. Hehe

    ReplyDelete
  12. saya sendiri pun minat upin ipin :D

    ReplyDelete

 
Boolatique with LOVE! © 2015 - Designed by Templateism.com | Distributed By Blogger Templates