"Bagi yang pertama kali menjadi ibu, pasti teruja apabila detik kelahiran semakin hampir. Apa tidaknya, selama 9 bulan membawa bayi kemana saja , sudah pasti tidak sabar untuk berjumpa dengan si kecil! Begitu juga saya dulu, masuk kandungan 6 bulan, saya mula membeli barang keperluan bayi & saya dari hujung rambut sampai ke hujung kaki."
Saya cuma beli yang perlu dan basic sahaja (ikut bajet masa tu) yang tak perlu, saya fikirkan kemudian. Takut juga kalau membazir nanti kan. Ikuti senarai barang yang saya kira perlu untuk kita sediakan lebih awal agar tak kelam kabut nanti.
Barang Keperluan Ibu untuk ke Hospital
- Nursing bra - sekurang-kurangnya 2 atau 3 helai
- Breast pad – penting untuk elakkan bra basah sebab awal kelahiran ni, susu ibu memang banyak dan mudah sangat keluar.
- Tuala wanita – seeloknya sedaiakan tuala wanita yang direka khas untuk wanita bersalin..yang tebal tu..sebab awal kelahiran memang darah nifas banyak keluar dan materialnya yang tebal dan lembut tu sangat selesa untuk ibu.
- Keperluan peribadi -termasuklah tuala, sikat, berus gigi, ubat gigi dan sebagainya.
- Stokin – Sekurang-kurangnya 2 pasang. Percaya tak jika saya katakan stokin ni bukan je untuk selepas kelahiran..tapi juga sangat-sangatlah berguna waktu dalam labour room tu. Memang sejuk sangat tau! Silap hari bulan boleh cramp kalau tak pakai stokin tebal.
- Panties 5 helai - Kalau nak senang guna je yang pakai buang jadi anda tak perlu risau kalau kotor nanti.
- Tudung Ekspress.
- Kain Batik – 1 helai
- Pakaian - Baju tu untuk persediaan pulang ke rumah. Kat hospital takpe..pakai baju hospital je.
- Bengkung - Lebih mudah jenis bengkung yang strap je tu sebab takdelah perut dibiarkan menggeleber sementara nak tunggu keluar wad kan .Kat rumah nanti barulah pakai yang lilit-lilit.
- Handphone & pengecas
- Minyak urut - bolehlah digunakan untuk sapu dekat betis or tapak kaki lepas dah bersalin. Saya prefer minyak panas.
- Buku Merah – Buku rawatan mengandung ibu
- Baju Sejuk - 1 Helai
- Selipar – Senang nak keluar masuk bilik air
- Makanan & Minuman ringan – Milo/Air minera/ Roti/Kurma/Biskut dll
- Surah-surah Al-Quran/Majalah/Buku – Sementara menunggu tu takdelah bosan..dan insya Allah dengan baca ayat2 suci Al-Quran, dapat tenangkan hati dan fikiran. Majalah dengan buku tu maybe berguna selepas bersalin kot..sebab kalau menunggu waktu contraction, takde masa nak layan sebab dah sakit ;p
- Plastik – yang ni pun penting untuk letak baju2 yang dah pakai.
- Pam susu – incase kalau baby kena tahan or tak dapat nak minum direct.
- Supplemen Berpantang– Bagi yang amalkan vitamin Shaklee, letak siap2 bekalan vitamin dalam bekas kecik sebab boleh je makan terus sebaik sahaja lepas bersalin..at least vitamin yang basic supaya badan lebih cepat recover.
Seeloknya, asingkan beg ibu dan bayi ye.
Barang Keperluan Bayi untuk ke Hospital
- Beg bayi
- Pampers/Lampin/Cloth Diapers – Kalau beg muat, letaklah dalam sedozen..hehe..kalau saya just letak dalam 6-7 keping je sebab lepas bersalin baru minta tolong suami topup.
- Baju – 3 or 4 pasang
- Minyak telon/bayi untuk elakkan kembung perut
- Tuala Mandi – 1 helai
- Tuala kecil
- Booties & Mittens – 3 or 4 pasang
- Peralatan Mandian
- Baby Wipes/Wet tissue
- Selimut/Bedung
- Barut
- Topi
- Plastik untuk letak baju kotor/wet tissue yang dah digunakan.
![]() |
Bila Perlu Sediakan Barang Keperluan Bersalin ni?
Pada pendapat saya, seeloknya usia kandungan dah masuk 7 bulan tu..beg hospital ni dah ready. Sebabnya kita tak tahu bila baby akan keluar sama ada cukup bulan atau pun tak. Just be prepared. Mak saya dulu pun selalu pesan…siap-siapkan barang keperluan bersalin ni lebih awal..jadi takdelah kabut nanti bila tiba masanya untuk ke hospital. Terus capai je beg yang dah ready.
Jika anda ibu yang akan melahirkan cahaya mata tak lama lagi..saya doakan semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Proses kelahiran ni adalah satu proses yang semulajadi..tak perlu takut sangat-sangat. Tenangkan fikiran dan ikut je flow. Insya Allah..moga selamat semuanya.
Anda mahu mendapatkan Harga Ahli? Jom daftar sebagai Pengedar Sah Shaklee Sekarang!!
"Feeling Healthy with Shaklee Nutrition"
FB : Modern Mom's Healthy Care
Whatsapp/SMS/CALL : 0173286430
Email : mommyirisofea@gmail.com
Anda boleh isi Order Form untuk membuat tempahan.
Sila rujuk SENARAI PRODUK SHAKLEE untuk produk-produk lain.
Sila rujuk SENARAI PRODUK SHAKLEE untuk produk-produk lain.
Anda mahu mendapatkan Harga Ahli? Jom daftar sebagai Pengedar Sah Shaklee Sekarang!!
Sila klik Link ini untuk MENDAFTAR ! Kami akan terus menghubungi anda dan memberi panduan bagaimana menjadi Pengedar Sah Shaklee yang berjaya!
Checklist : Apa yang perlu ada dalam 'BEG HOSPITAL'?
10:43:00
TIPS & INFO